Bekerja Sepenuh Masa, Mampu Habiskan Master Kurang Setahun
Bekerja dan belajar sepenuh masa??? Pasti ramai yang tidak mampu memikirkan bagaimana ia boleh dilaksanakan.
Kebiasaannya mereka yang bekerja sepenuh masa akan belajar secara separuh masa atau sebaliknya. Ada juga mengambil pengajian jarak jauh yang memakan masa yang lama..
Namun, bagi Georgie Joseph,32 yang bertugas sebagai wartawan di salah sebuah media tempatan berjaya membuktikan belajar dan bekerja sepenuh masa mampu dilakukan.
Lebih manis kejayaan beliau mendapatkan Ijazah SSarjana Pengajian Media (Kepujian itu) dilakukannya dalam tempoh kurang daripada setahun dengan markah gred purata 3.78!!!
Beliau turut berkongsi kisah kejaayaannya itu di laman sosial Facebook, bagi memberi semangat kepada semua bahawa ini mampu dilakukan jika kita benar-benar komited untuk berjaya.
Tahniah Georgie Joseph!!
Ramai bertanya tips macamana sa bulih habiskan Master secara full-time sambil bekerja full-time dalam tempoh kurang daripada setahun. Yang pasti, prosesnya sangat mencabar dan bukan senang, ulang suara, BUKAN SENANG. Fasten your seat belt dan ikuti tips ini.
- Set awal2 dalam otak yang kita akan dan mesti kasi habis pengajian walau apa juga terjadi ikut perancangan asal.
- Ketepikan dan korbankan banyak hal termasuklah kehidupan sosial, plan travel, sesi lepak, dan apa2 sana yang bulih distract fokus. Make sure fokus betul2 untuk dua benda yang penting saja iaitu kerja dan study untuk case sa. Cuba sehabis baik atau jangan distract diri langsung dengan perkara lain.
- Atur betul2 masa untuk hadiri kuliah dan pigi kerja. Sebolehnya time kuliah fikiran tidak terganggu pasal kerja dan begitu juga sebaliknya time kerja. Tapi ingin saya ingatkan, kes saya terpencil disebabkan waktu bekerja sa fleksibel dan bos serta lecturer sa pun memahami. Advantage sa di sini.
- Cuba hadiri kuliah sepenuhnya dan elakkan ada kelas yang clash sama tugasan di tempat kerja. Kalau misalnya jadi, slow talk sama rakan sekerja lain untuk bertukar syif/tugasan atas timbang rasa mereka sendiri.
- Dalam kuliah adalah bahagian yang paling penting sekali. Ambil perhatian terhadap setiap yang diajar, fahami, dan simpan dalam otak ilmu dibagi. Kalau masih tidak faham, jangan ego, trus jumpa lecturer untuk minta pemahaman lanjut. Beri perhatian juga setiap tugasan yang diminta disebabkan semua itu diambil kira untuk permarkahan.
- BUAT SEMUA ASSIGNMENT sehabis baik tanpa berlengah. Gunakan masa terluang yang ada untuk siapkan assignment di luar waktu kerja. Jangan gatal mau fikir mau pigi lepaklah, tangguhlah, sebaliknya guna masa sebaiknya untuk hasil tugasan yang memuaskan dan terbaik .
- Untuk tugasan berkumpulan, kena betul2 cari partner yang tidak curi tulang, less drama, buat kerja sebaiknya, dan tidak menyusahkan. Kerjasama yang baik dengan partner menyenangkan akan memberikan kemudahan untuk kita siapkan hasil tugasan yang terbaik .
- Untuk exam pula, mulakan study seawal mungkin tanpa perlu menunggu saat-saat akhir mau dekat date exam. Tidak apalah study sikit2 asal ada sudah baca. Paling penting, hadir semua kuliah terakhir time lecturer bagi tips exam. Ini sangat penting selain meneliti past years punya questions.
- Most of all, semangat tu yang paling wajib kena kental. Cuba elakkan stress dan enjoy the ride disebabkan along the way, ia mungkin bulih memberi kesan kepada kesihatan. Justeru, jaga kesihatan sebaiknya dan cukup rehat.
Sa tahu tips ini tidak applicable kepada semua orang tapi sekurang-kurangnya memberi sedikit gambaran mengenai pengalaman sa. Sa pun masih tidak percaya bulih accomplished pencapaian ini even sampai sekarang. Tapi yang sa pasti, kerja-keras memang tidak pernah salah alamat dan paling penting ini rezeki daripada Tuhan. Walaupun banyak rintangan, laluan sa dipermudahkan.
Bonus daripada perjuangan ini, sa menjadi anak Borneo sulung yang ambil dan grad Master of Media Studies di Universiti Malaya. One goal achieved untuk sa memberi inspirasi kepada orang-orang dari tempat asal sa juga.
Semoga bermanfaat dan percayalah kepada kebolehan diri-sendiri kerana kalau bukan diri-sendiri, siapa lagi.
Cheers,
Georgie