Nasional

Pemandu mabuk ‘covid-19’ jalanan

“APA kau rasa kalau kejadian sama berlaku kepada ahli keluarga korang (kau orang)? Mende (perkara) ini semakin menjadi-jadi. Lebih teruk daripada Covid-19 dah (sudah) ni (ini).”

“Sudah sampai masanya, haramkan terus penjualan arak di negara ini. Jangan nak (hendak) jaga kepentingan atau sensitiviti orang lain sangatlah, anak bangsa sendiri yang jadi mangsa.”

Itu antara komen-komen yang sempat Ceritera petik melalui media sosial berkenaan isu pemandu mabuk yang saban hari, ada sahaja kes, sehingga melibatkan maut.

Ceritera sendiri ada menyiarkan artikel bertajuk Berakhirkah sekadar denda, penjara? pada 27 Mei lalu.

Penegasan daripada pengguna internet dalam artikel itu: “Haramkan terus penjualan arak di negara ini!”

Kes terbaharu, seorang penunggang motosikal retak tempurung kepala dan cedera di anggota badan selepas dirempuh pemandu warga emas yang mabuk di Jalan Raja Syed Saffi, Bintong, Kangar.

Mangsa, Bishamhadi Mohamad Hasbi, 41 dikatakan menunggang motosikal untuk pulang dari kedai runcit sebelum suspek berusia 63 tahun yang memandu sebuah kereta terbabas ke kiri jalan dan merempuh mangsa dari belakang.

Dalam kejadian berasingan, seorang penghantar makanan maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang disyaki pemandunya mabuk dalam kejadian di Lebuhraya Sultan Iskandar.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa, Mohamed Zaili Mohamed, 44, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa selepas menghantar makanan yang diniagakan oleh isterinya.

PETIKAN infografik Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai isu pemandu mabuk.

Tidak seriuskah kejadian ini? Kerajaan, masyarakat! Apa yang kamu rasa?

Seorang pengguna Facebook, Wan Man turut menulis: “Bahagianya jadi pemandu mabuk. Bunuh ikut suka. Kena penjara atau bayar denda dah selesai. Tak perlu guna agama, ikut moral pun akal normal takkan boleh terima. Tapi apakan daya. Orang Malaysia terlalu nak jaga hati Peminum Arak.”

Rizal Hashim menulis: “Hukuman sesuai: Pemandu mabuk menyebabkan kematian dipenjara seumur hidup, 80% harta benda pemandu mabuk tersebut diserahkan kepada waris yang meninggal.”

Begitu juga dengan GOhan Ghazali. Tulisnya: “Kurang Ajar pemandu mabuk. Dah langgar mati anak orang, heret motor si mati sampai 2km, boleh pulak biadap angkat tangan ‘thumbs up’. Adakah undang-undang negara kita masih lemah dengan membiarkan pemandu mabuk membunuh anak muda kita. Ayuh Bangun semua. Haramkan Arak di Negara kita.Harap ada hukuman yang setimpal untuk pesalah yang melanggar mangsa sehingga meninggal dunia.”

SEBUAH kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Nissan Grand Livina yang
disyaki pemandunya mabuk dalam kejadian di Lebuhraya Sultan Iskandar.

Kerajaan, hendak tunggu apa lagi? Hendak tunggu isu pemandu mabuk ini setaraf ‘pandemik’, baru hendak ambil tindakan?

Luangkanlah sedikit masa membaca komen-komen daripada pengguna internet ini. Hati mereka semakin membuak-buak geram dengan apa yang berlaku.

Tak payah tunggu sidang Parlimen akan datang untuk gubal undang-undang baharu. Ambil tindakan terus di peringkat awal seperti dimahukan ramai orang: “Haramkan penjualan arak.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *