
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dikurangkan sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus.
Selain itu, siling dan lantai koridor OPR turut dikurangkan, masing-masing kepada tiga peratus dan 2.5 peratus.
Menurut Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan BNM hari ini, walaupun ekonomi domestik berada pada kedudukan yang kukuh, ketidaktentuan yang menyelubungi perkembangan luar boleh menjejaskan prospek pertumbuhan Malaysia.
Pengurangan OPR merupakan langkah awal yang bertujuan untuk memelihara laluan pertumbuhan Malaysia yang stabil, di tengah-tengah prospek inflasi sederhana.
“MPC akan terus berwaspada dengan perkembangan berterusan dan menilai imbangan risiko prospek pertumbuhan dalam negeri dan inflasi,” katanya.