
PETALING JAYA: Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin dipecat daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa hari ini.
Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd. Radzi Manan berkata, keputusan itu diambil selepas mendapati Hamzah melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.
“Adalah dimaklumkan bahawa pihak Lembaga Disiplin telah bersidang pada 12 Februari 2026 dan telah memutuskan bahawa Datuk Seri dipecat hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 berkuatkuasa mulai tarikh surat ini dikeluarkan.
“Ia kerana tindakan Datuk Seri melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu. Sila ambil perhatian bahawa notis ini berkuat kuasa serta-merta,” katanya dalam kenyataan.
Bagaimanapun, tambah Mohd. Radzi, Hamzah boleh mengemukakan rayuan untuk dipertimbangkan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis tersebut.
Sementara itu, Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dalam satu kenyataan mengesahkan pemecatan Hamzah.
Katanya, Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu telah dimaklumkan oleh Lembaga Disiplin tentang keputusan untuk memecat Hamzah mengikut Fasal 22.5 perlembagaan Bersatu.
Keputusan itu dibuat ketika kemuncak perebutan kuasa dalaman antara Muhyiddin dan Hamzah.







