EkonomiNasional

PM lancar PADU esok, ke arah pelaksanaan dasar secara bersasar

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melancarkan Pangkalan Data Utama (PADU) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajya (PICC), esok (2 Januari).

PADU merupakan sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia.

Kementerian Ekonomi dalam kenyataan memaklumkan, majlis pelancaran PADU turut melibatkan pembentangan mengenai sistem itu oleh Ketua Perangkawan, Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin.

Sistem PADU akan dibuka secara rasmi kepada seluruh rakyat Malaysia sejurus selepas majlis pelancaran berkenaan disempurnakan.

Ia menyediakan pangkalan data utama negara yang selamat, komprehensif dan “near real time” bagi digitalisasi dan penghasilan analitik berkala.

Malah PADU membolehkan pelaksanaan dasar secara bersasar bagi mengimbangi kedudukan fiskal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *