Nasional

18,762 kes Covid-19, Selangor mula nampak penurunan

Kementerian Kesihatan melaporkan 18,762 kes baharu Covid-19 menjadikan keseluruhan jangkitan meningkat kepada 1,765,016 kes setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor terus mencatatkan jumlah jangkitan harian tertinggi dengan 3,711 kes.

Ia diikuti Sabah (2,430), Sarawak (2,414), Johor (1,993), Pulau Pinang (1,762), Kedah (1,585), Kelantan (1,504), Perak (899), Pahang (715), Kuala Lumpur (573), Terengganu (506), Melaka (309), Negeri Sembilan (291), Putrajaya (34), Perlis (33) dan Labuan (3).

Jumlah kes harian di Kelantan adalah rekod tertinggi negeri itu setakat ini.

Sumber : FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *