9 kanak-kanak antara 19 maut apartmen terbakar di New York


SEKURANG-KURANGNYA 19 terbunuh termasuk sembilan kanak-kanak apabila sebuah bangunan apartmen setinggi 19-tingkat terbakar di New York.

Seramai 32 orang lagi dikejarkan ke hospital dengan beberapa orang di antaranya berada dalam keadaan kritikal, kata Datuk Bandar New York, Eric Adams.

Jumlah angka korban itu merupakan yang terburuk dalam tempoh 30 tahun, menurut laporan NBC News yang dipetik BBC.

Menurut Pesuruhjaya Jabatan Bomba dan Penyelamat, Daniel Nigro, pihaknya menjumpai mangsa di setiap tingkat dan keadaan itu menyaksikan api menyebabkan asap tebal yang luar biasa.

Kebakaran yang berlaku pada pukul 11 pagi waktu tempatan bermula diantara tingkat dua hingga tiga.

Kejadian ini berlaku beberapa hari selepas kebakaran di Philadelphia yang meragut 12 nyawa termasuk lapan kanak-kanak. – Sumber : BebasNews

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *