
MELAKA : Mayat seorang bayi perempuan cukup sifat yang masih bertali pusat ditemui di tandas awam Taman Bandaraya Bukit Serindit, di sini pagi ini.
Penemuan itu mengejutkan orang awam sebelum pihak berkuasa dimaklumkan untuk tindakan lanjut.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Datuk Mohd. Noor Helmy Abdul Halem, melalui perkongsian di Facebook, meluahkan rasa kecewa dan kesal terhadap kejadian tersebut.
Beliau menegaskan insiden itu amat menyedihkan, terutamanya apabila ia berlaku pada pagi Jumaat.
Bayi berkenaan dipercayai diletakkan bersebelahan sinki dan dibungkus dengan kain telekung.
“Cukup sifat dan masih bertali pusat. Bikin angin pagi-pagi Jumaat. Maklumat lanjut korang baca kat portal online jerlah,” katanya dalam hantaran tersebut.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak polis berhubung butiran lanjut kejadian dan siasatan masih dijalankan.






