
KUALA LUMPUR: Sabah, Korea Selatan dan Vietnam muncul sebagai destinasi paling mendapat sambutan dalam kalangan pelancong tempatan sempena musim cuti sekolah, menurut syarikat pelancongan terkenal, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd.
Wakil Andalusia memaklumkan, ketiga-tiga destinasi tersebut mencatatkan peningkatan ketara daripada segi pertanyaan dan tempahan pakej percutian didorong kombinasi tarikan semula jadi, budaya unik serta harga pakej yang berpatutan.
Katanya, pakej-pakej itu direka bagi memberikan pengalaman percutian menyeluruh dan selesa kepada para pelanggan, terutamanya sempena musim cuti sekolah yang sering menjadi waktu pilihan untuk melancong bersama keluarga.
“Sabah kekal menjadi pilihan popular bagi mereka yang ingin meneroka keindahan alam semula jadi dalam negara, manakala Korea Selatan dan Vietnam pula menarik minat pelancong merasai pengalaman budaya dan membeli-belah di luar negara,” katanya kepada Ceritera.

Pakej percutian Kota Kinabalu-Kundasang, Sabah yang menawarkan keindahan alam semula jadi dan budaya tempatan di Sabah bermula dari RM1,598 seorang,
Bagi yang ingin menikmati keindahan bandar moden dan tradisi budaya Korea, pakej ke Seoul-Busan berharga RM4,998 seorang, manakala percutian ke Ho Chi Minh-Dalat di Vietnam ditawarkan pada harga RM2,598 seorang.
Setiap pakej termasuk pengangkutan dari lapangan terbang ke hotel, penginapan, makan minum, lawatan ke lokasi-lokasi tumpuan pelancong dan sebagainya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut atau tempahan melalui 60 cawangan Andalusia di seluruh negara atau secara dalam talian di platform rasmi mereka.
Dalam usaha memberi lebih banyak manfaat kepada pelanggan, Andalusia turut melancarkan Kempen Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA), satu inisiatif menarik yang memberi peluang kepada umat Islam menunaikan umrah secara percuma melalui cabutan bertuah mingguan.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuk sebuah kereta, dua motosikal dan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM500,000.
Cabutan akan diadakan di Karnival JIMBA setiap hari Sabtu. Untuk maklumat lanjut boleh ikuti akaun tiktok @jimba_andalusia.