
KUALA LUMPUR: Menunaikan ibadah haji atau umrah bukan sekadar melaksanakan tuntutan agama, tetapi satu perjalanan spiritual yang mendalam untuk menghayati sejarah agung perjuangan Islam.
Menyedari kepentingan ini, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd menawarkan pakej umrah istimewa yang membawa jemaah menjejak lima lokasi bersejarah utama di Tanah Suci.
Lima lokasi ziarah yang ditawarkan iaitu Masjid Quba, Kota Taif, Musium Amoudi, Bukit Uhud dan Padang Arafah merupakan tempat-tempat signifikan yang menyimpan kisah perjuangan dan ketabahan Rasulullah SAW serta para sahabat dalam menyebarkan Islam.

Masjid Quba, masjid pertama dibina oleh Rasulullah SAW selepas penghijrahan ke Madinah, menjadi lambang permulaan dakwah Islam yang tersusun.
Kota Taif pula menyimpan memori perit penolakan masyarakat setempat terhadap dakwah Rasulullah, namun baginda tetap tabah dan bersabar.
Muzium Al-Amoudi di Mekah menampilkan lebih 15,000 koleksi artifak seperti pakaian tradisional, senjata lama dan gambar sejarah yang menggambarkan warisan budaya serta kehidupan masyarakat Arab lama. Ia menjadi tarikan popular bagi pelancong untuk mengenali sejarah Mekah dan Arab Saudi secara lebih dekat.

Di medan Bukit Uhud, jemaah dapat menghayati keberanian para sahabat yang mempertahankan agama dalam peperangan besar yang menguji iman dan keutuhan ukhuwah.
Padang Arafah, kemuncak ibadah haji, menjadi medan refleksi, penyatuan, dan penyerahan diri umat Islam kepada Allah SWT.
Menurut wakil Andalusia, lawatan ini bukan sekadar kembara fizikal, tetapi juga sebuah perjalanan jiwa yang memperkukuh hubungan rohani serta penghayatan terhadap perjuangan Rasulullah SAW.

“Pakej ini kini menjadi antara tarikan utama Andalusia setiap musim haji dan umrah.
“Mereka yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut atau membuat tempahan menerusi pautan berikut: https://pakejumrahwasap.wasap.my,” katanya.
Dalam usaha menyemarakkan semangat beribadah dan menuntut ilmu, Andalusia turut melancarkan Kempen Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) iaitu inisiatif menarik yang menawarkan peluang menunaikan umrah secara percuma melalui cabutan bertuah mingguan.

Antara hadiah menarik yang ditawarkan termasuk sebuah kereta, dua buah motosikal, serta pelbagai barangan bernilai dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000.
Cabutan bertuah ini diadakan setiap hari Sabtu semasa Karnival JIMBA, dan boleh diikuti secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi @jimba_andalusia.







