
BAYANGKAN dapat menikmati secawan kopi berkualiti pada harga pengenalan hanya RM0.99, mencuba sofuto brown sugar boba atau membawa pulang koleksi eksklusif hasil sentuhan pereka fesyen terkenal Jepun, NIGO.
Semuanya boleh dinikmati sempena ulang tahun ke-10 FamilyMart Malaysia yang hadir dengan pelbagai kejutan menarik!
Selepas sedekad menjadi sebahagian daripada rutin harian rakyat Malaysia, FamilyMart kini memperkenalkan konsep baharu, Life is Good with FamilyMart, berteraskan tiga prinsip utama iaitu Good Choices, Good Quality dan Good Moments.
Pendekatan ini bukan sekadar menawarkan lebih banyak pilihan makanan dan minuman, malah mahu menjadikan setiap kunjungan lebih menyeronokkan.
Antara tarikan utama ialah rangkaian Everyday Craft Coffee, yang diinspirasikan daripada semangat takumi Jepun, iaitu ketelitian dan kemahiran dalam menghasilkan sesuatu yang berkualiti.
Dua pilihan kopi diperkenalkan, iaitu Sumiyaki dengan rasa lebih pekat dan aroma panggang, serta Kinu yang lebih lembut dan seimbang.
Kinu juga sesuai dinikmati bersama susu sebagai latte. Lebih menarik, harga pengenalan bermula hanya RM0.99 sebelum harga biasa bermula RM3.90.
Pilihan makanan sedia dimakan juga semakin pelbagai, termasuk onigiri, sandwic, bento, pasta dan oden.
Jadi, pelanggan boleh mendapatkan hidangan ringkas untuk sarapan, makan tengah hari atau ketika menginginkan sesuatu yang mengenyangkan.
Peminat oden pula boleh mencuba pembaharuan Oden FAMee dengan lima pilihan kuah, iaitu Classic Fishball, Sukiyaki, Laksa Kahwin, Creamy Mala dan Tom Yum.
Pelanggan bebas memilih mi serta bahan oden kegemaran untuk dipadankan dengan kuah pilihan.
Bagi penggemar pencuci mulut, jangan lepaskan peluang mencuba sofuto perisa baharu brown sugar boba.
Sea salt sofuto yang menjadi kegemaran ramai juga kembali ditawarkan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

Utamakan halal
FamilyMart turut memberi penekanan kepada kualiti, keselamatan makanan dan konsistensi produk.
Sebagai jenama yang menawarkan makanan halal, FamilyMart bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam aspek pensijilan halal, termasuk operasi dapur pusat, logistik dan penyediaan makanan.
Latihan berterusan kepada kakitangan juga dilaksanakan bagi memastikan standard halal dan kualiti sentiasa terjaga.
Satu lagi kejutan istimewa ialah pengenalan FAMIMA by NIGO Collection. Buat pertama kalinya, koleksi gaya hidup daripada jenama Jepun yang dikurasi oleh pereka fesyen dan tokoh streetwear terkenal, NIGO, dibawa ke Malaysia.
Turut diperkenalkan ialah Famibara, koleksi eksklusif yang dihasilkan khas untuk peminat FamilyMart tempatan. Kedua-dua koleksi ini dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada Disember 2026.
Sempena ulang tahun ini, pelanggan setia yang dikenali sebagai FAM turut menerima pelbagai tawaran menarik.
Antaranya set kombo ulang tahun bernilai RM10 yang mengandungi kerepek dan teh FamilyMart Collection.
Pengguna baharu aplikasi MY FamilyMart pula bakal menerima pek e-baucar alu-aluan bernilai RM100.
Ahli sedia ada turut boleh menikmati promosi eksklusif serendah RM0.10 sempena Super Member Day pada 10 dan 11 November 2026.
Bagi yang ingin merasai sendiri kemeriahan sambutan ini, FamilyMart turut mengadakan roadshow selama lima hari di Orange Concourse, Sunway Pyramid, dari 5 hingga 9 November 2026.
Pengunjung boleh mencuba menu baharu, meneroka zon interaktif serta melihat koleksi FAMIMA by NIGO dan Famibara menerusi Mini Store yang disediakan.
Lebih menarik, ahli aplikasi MY FamilyMart berpeluang membuat pratonton dan pembelian terhad kedua-dua koleksi tersebut lebih awal, tertakluk kepada stok yang tersedia.







