
KUALA LUMPUR – Setakat jam 4 petang hari ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah menghentikan bekalan elektrik di lima pencawang elektrik di negeri Kelantan. Langkah tersebut diambil ekoran keadaan banjir yang semakin membimbangkan, khususnya di sekitar Pasir Putih, Kelantan.
Berikut adalah kawasan-kawasan yang terjejas akibat penutupan bekalan elektrik demi memastikan keselamatan penduduk setempat:
Kota Bharu:
- G-Orange
- Sekolah Kebangsaan Kadok
- Taman Sri Kulim
Pasir Putih:
- DPS 9-12
- BELB Sungai Gali
- Kilang Bata Tasek Pauh
- Yik Tualang Tinggi
TNB dalam satu kenyataan berkata, sekiranya keadaan banjir semakin buruk dan berisiko membahayakan, lebih banyak pencawang elektrik akan dihentikan bekalan elektriknya bagi memastikan keselamatan orang ramai.
TNB turut menasihatkan orang ramai agar mengelak daripada berada di kawasan berair sekiranya terdapat talian elektrik yang putus atau jatuh di atas tanah atau dalam air, bagi mengelakkan sebarang risiko kejutan elektrik yang boleh mengancam nyawa.
Orang ramai diminta untuk terus mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi TNB dan sentiasa mengutamakan keselamatan.