KUALA LUMPUR: Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju utama dalam industri umrah dan pelancongan negara selepas lebih dua dekad menabur bakti dalam bidang berkenaan.
Menurut wakil syarikat itu, Andalusia yang memiliki Lesen Pengendali Umrah (IOTU) daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) berpengalaman luas dalam mengurus segala keperluan jemaah Malaysia, termasuk urusan logistik serta bimbingan di Tanah Suci.
“Antara langkah utama yang memperkukuh reputasi Andalusia ialah pemeteraian perjanjian pembelian sebanyak 30,000 tiket penerbangan bersama AMAL by Malaysia Airlines bagi musim umrah 1446H/2024-25M,” katanya.

Selain menawarkan pelbagai pakej fleksibel mengikut kemampuan dan tempoh pilihan pelanggan, Andalusia turut memperkenalkan promosi khas seperti Pakej Penutup Umrah serendah RM5,490 serta diskaun istimewa dan cabutan bertuah di pameran pelancongan utama seperti MATTA Fair.
Bagi memastikan keselesaan jemaah, Andalusia menggunakan perkhidmatan penerbangan bertaraf antarabangsa serta menyediakan kursus bimbingan umrah percuma setiap hujung minggu di seluruh negara.
“Andalusia turut menekankan aspek ketelusan melalui penggunaan sistem digital dalam semua urus niaga bagi memastikan pelanggan memahami sepenuhnya setiap kos dan perkhidmatan yang ditawarkan tanpa caj tersembunyi,” katanya.

Dengan rangkaian cawangan luas di seluruh Malaysia, Andalusia komited membantu lebih ramai umat Islam menunaikan ibadah umrah dengan selesa, selamat dan berpatutan.
Dalam pada itu, syarikat berkenaan juga giat melaksanakan Kempen Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) yang menawarkan peluang kepada orang ramai untuk menunaikan umrah secara percuma melalui cabutan bertuah mingguan.

Antara hadiah menarik yang ditawarkan termasuk sebuah kereta, dua motosikal serta pelbagai hadiah lain dengan nilai keseluruhan melebihi RM500,000.
Cabutan bertuah itu diadakan setiap Sabtu sepanjang Karnival JIMBA dan disiarkan secara langsung menerusi akaun TikTok rasmi @jimba_andalusia.
