
KUALA LUMPUR: Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd memperkenalkan Pakej Umrah Sambut Ramadan 2026 sebagai pakej istimewa bagi memberi peluang kepada umat Islam menyambut ketibaan Ramadan di Tanah Suci dengan persiapan ibadah lebih teratur dan sempurna.
Andalusia berkata, ibadah umrah itu akan bermula 18 Februari hingga 1 atau 2 Mac depan, melibatkan tempoh perjalanan selama 13 hari 11 malam pada harga bermula serendah RM9,690 seorang bagi penginapan bilik berempat.
“Umrah istimewa ini akan dibimbing tokoh agama tersohor yang dikenali sebagai ikon pilihan jemaah, Datuk Md Daud Che Ngah sekali gus memberikan nilai tambah daripada aspek bimbingan rohani dan pengisian ibadah sepanjang berada di Tanah Suci,” katanya.
Menurut Andalusia, selama tujuh malam di Mekah, para jemaah akan ditempatkan di hotel strategik yang menawarkan keselesaan pada jarak sekitar 350 hingga 550 meter dari Masjidil Haram.
Katanya, di Madinah pula, hotel terletak kira-kira 180 hingga 315 meter dari Masjid Nabawi bagi memudahkan pergerakan jemaah ke masjid.
“Pakej ini merangkumi pelbagai kemudahan termasuk visa umrah, tiket penerbangan kelas ekonomi pergi dan balik, makan minum tiga kali sehari berkonsepkan bufet Asia, pengangkutan serta ziarah luar di Mekah dan Madinah, selain perlindungan insurans berkelompok,” katanya.
Andalusia menjelaskan, pakej tersebut dirangka khusus bagi membantu jemaah menyambut Ramadan dengan lebih tenang, selesa dan tersusun serta mendapat bimbingan diyakini sepanjang melaksanakan ibadah umrah.
Orang ramai yang berminat disaran membuat pendaftaran awal memandangkan tempat adalah terhad, bagi memastikan keselesaan maksimum sepanjang perjalanan ibadah tersebut.
Untuk maklumat lanjut berhubung pendaftaran Pakej Umrah Sambut Ramadan 2026, orang ramai boleh menghubungi wakil Andalusia melalui WhatsApp, https://pakejumrahwasap.wasap.my






