KUALA LUMPUR: CelcomDigi Berhad melancarkan Life, iaitu rangkaian kedai flagship fizikal baharu yang menjanjikan pengalaman runcit masa depan yang lebih pintar, interaktif dan lebih dekat dengan gaya hidup pengguna moden.
Terletak di dua lokasi ikonik iaitu di The Gardens Mall dan Sunway Pyramid, kedai Life bukan sekadar tempat membeli-belah, tetapi ruang imersif untuk meneroka teknologi 5G, peranti berkuasa AI dan penyelesaian pintar untuk kehidupan seharian.
Kedai Life direka khas untuk semua iaitu dari pencipta kandungan, ibu bapa moden, penggemar kesihatan digital, hingga individu yang baru mula membina gaya hidup pintar.
Di sini, pelanggan boleh melihat, mencuba dan merasai sendiri teknologi terkini dalam suasana yang santai dan inspiratif.
“Kami mahu jadikan kedai Life sebagai destinasi runcit yang bukan sahaja menjual, tetapi mendidik dan menginspirasi.
“Rakyat Malaysia mahukan pengalaman. Bukan hanya transaksi. Jadi kami tampilkan kedai yang hidup, bertenaga dan kaya dengan nilai digital,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi.
Antara tarikan utama di kedai Life ialah The Stage oleh Samsung iaitu ruang demonstrasi produk pintar seperti jam tangan, TV, peralatan rumah, dan kecergasan.
Pelanggan boleh membeli terus melalui ‘Endless Aisle’, skrin interaktif bersaiz dinding yang menghubungkan pembelian fizikal dan dalam talian secara lancar.
Selain itu, Pixar & Marvel Connect Lounge yang dibangunkan bersama Disney, ruang interaktif mesra keluarga ini menyajikan dunia Toy Story dan Marvel dengan aktiviti menarik, aplikasi pra-muat dan barangan eksklusif daripada DisneyStore.asia.
Orang ramai juga boleh mendapat pelbagai promosi hebat sepanjang 16–20 Julai (The Gardens Mall) dan 23–27 Julai (Sunway Pyramid) seperti hadiah eksklusif untuk 100 pelanggan pertama, diskaun aksesori terpilih, promosi purchase with purchase (PWP) serendah RM1 dan semua pelanggan CelcomDigi berpeluang nikmati 15 hingga 30 peratus diskaun jika mereka memiliki kontrak peranti Samsung.
Dengan lebih 10,000 titik sentuhan, termasuk 50 kedai jenama, 300 kedai rakan niaga, dan platform digital, CelcomDigi kini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai penyedia rangkaian runcit digital terbesar di Malaysia.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kedai fizikal baharu ini boleh melayari laman web www.celcomdigi.com.
