
KUALA LUMPUR: Stadium Merdeka bertukar menjadi lautan manusia dan bergema dengan sorakan apabila lebih 10,000 pengunjung hadir menyambut ulang tahun ke-20 MR D.I.Y. (M) Berhad.
Sambutan besar-besaran itu menampilkan konsert istimewa penuh gemerlapan dengan barisan artis ternama tanah air termasuk Shila Amzah, Jaclyn Victor, Amy Search, Awie, Ella, Penny Tai, Jeryl Lee, dan kumpulan pop popular 3P.
Persembahan bertenaga itu dilengkapkan dengan pertunjukan cahaya laser, bunga api berwarna-warni, serta pelbagai aktiviti interaktif dan cabutan bertuah, menjadikan malam itu satu pengalaman yang sukar dilupakan.
Menara Merdeka 118 turut disinari cahaya khas sebagai simbol penghargaan dan pencapaian dua dekad MR D.I.Y. dalam industri peruncitan.
“Konsert ini adalah penghormatan kami buat semua yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan MR D.I.Y. terutamanya untuk pelanggan setia, pembekal, dan seluruh kakitangan kami.
“Dari sebuah kedai kecil pada tahun 2005, kini kami berkembang menjadi empayar runcit dengan lebih 5,000 cawangan di 14 negara. Ini semua adalah kerana kepercayaan rakyat Malaysia. Terima kasih atas sokongan anda,” kata Alex Goh, Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y..
MR D.I.Y. bermula sebagai sebuah kedai perkakas kecil di Kuala Lumpur dan kini berdiri megah sebagai satu daripada jenama runcit terbesar di Asia Tenggara.
Kumpulan ini merangkumi pelbagai jenama seperti MR D.I.Y., MR D.I.Y. Express, MR D.I.Y. PLUS, MR. TOY, MR. DOLLAR, dan EMTOP.
Semua berteraskan nilai utama iaitu harga mampu milik, produk berkualiti dan mudah diakses untuk jutaan pelanggan di seluruh rantau ini.
Sebagai pelengkap sambutan ulang tahun ke-20, MR D.I.Y. mengadakan promosi besar-besaran sepanjang Julai di seluruh negara.
Antaranya termasuklah diskaun hingga 50 peratus terhadap lebih 130 produk keperluan rumah dan makanan, peraduan Gores & Menang dari 25 hingga 31 Julai dengan hadiah bernilai RM2 juta seperti iPhone 16, Robot AI, baucar tunai RM1,000, beg tangan Louis Vuitton dan bar emas seberat 10 gram.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan acara terkini, layari mrdiy.com atau ikuti saluran media sosial rasmi mereka di Facebook, Instagram, dan TikTok.





