
KUALA LUMPUR: Bagi umat Islam yang menginginkan pengalaman ibadah menyentuh jiwa sambil meneroka warisan agung Islam, Andalusia Travel & Tours kini tampil dengan tawaran eksklusif iaitu pakej umrah istimewa ke Kaherah dan Iskandariah, Mesir.
Sebagai satu daripada syarikat pengendali haji dan umrah terkemuka tanah air, Andalusia membawakan pengalaman menyeluruh dengan menggabungkan spiritual, sejarah dan budaya dalam satu perjalanan bermakna.
Pakej ini merangkumi kunjungan ke beberapa lokasi bersejarah dan ikonik seperti Masjid Amr Ibn Al-As, Masjid Imam Shafie, Masjid Al-Azhar, Bazar El Khalili, Kompleks Piramid Giza & Sphinx, Qaitbay Fort, Perpustakaan Alexandria, Masjid Morsi Abu Abbas, serta mata air Nabi Musa (Moses Springs).
Menurut Pengurus Umrah dan Ziarah Andalusia, Norhafiza Zainal Abidin, sambutan terhadap pakej ini amat memberangsangkan, terutamanya daripada jemaah yang ingin merasai kombinasi unik antara ibadah dan sejarah Islam.
“Ini adalah peluang luar biasa untuk para jemaah menyelami perjalanan spiritual sambil menjejaki tinggalan tamadun Islam dan Firaun yang tersohor di bumi Mesir,” katanya kepada Ceritera, hari ini.
Pakej yang ditawarkan bermula dari RM9,990 seorang ini meliputi visa, penginapan selesa, pengangkutan, makan minum serta bimbingan oleh mutawwif berpengalaman.
Menariknya, Andalusia turut memperkenalkan pakej umrah ziarah ke Eropah iaitu merangkumi Itali dan Switzerland, dengan harga bermula dari RM13,490 seorang.

Pakej eksklusif ini menawarkan gabungan ibadah umrah di Tanah Suci dengan pengalaman menjelajah kota-kota ikonik seperti Milan, Lucerne, Zurich dan destinasi indah lain di Eropah.
Kedua-dua pakej ini turut disertakan ziarah percuma ke Kota Taif, salah satu tempat penting dalam sejarah perjuangan Rasulullah SAW.
Tarikh penerbangan bagi pakej umrah ziarah Kaherah/Iskandariah bermula pada 13 hingga 27 Ogos ini (15 hari 13 malam), manakala Itali/Switzerland bermula 23 Ogos hingga 7 September depan (16 hari 13 malam), kedua-duanya melalui penerbangan pesawat Qatar Airways.
Tempahan boleh dibuat melalui laman web rasmi www.umrahandalusia.com atau dengan mengunjungi 62 cawangan Andalusia di seluruh negara.
Dalam usaha menyemarakkan semangat beribadah, Andalusia turut melancarkan Kempen Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) yang menawarkan hadiah bernilai lebih RM500,000, termasuk sebuah kereta dan dua motosikal.

Peserta yang mendaftar akan berpeluang menyertai cabutan bertuah mingguan selama 52 minggu, bermula sekarang hingga 31 Disember 2025, yang disiarkan secara langsung setiap hari Sabtu, pukul 8.30 hingga 10 malam.







