
KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya jatuh 17 anak tangga ke kedudukan ke-138 dunia dalam ranking terbaharu Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) yang dikemas kini pada Rabu.
Berdasarkan kemas kini terbaharu itu, skuad kendalian Peter Cklamovski mengumpul 1,086.22 mata secara keseluruhan jatuh 17 anak tangga susulan kekalahan 1-3 kepada Vietnam dalam aksi terakhir Kumpulan F kelayakan Piala Asia 2027.
Kejatuhan mendadak itu turut dipengaruhi keputusan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) yang membatalkan dua perlawanan Harimau Malaya dalam kempen kelayakan berdepan Nepal dan Vietnam sebelum ini.
Pasukan Vietnam pula melonjak sembilan anak tangga menduduki ranking ke-99 manakala Filipina mengatasi Malaysia dengan kedudukan ke-135.







