
KUALA LUMPUR: Skuad hoki lima sebelah (5s) lelaki melakar sejarah apabila menyumbang emas pertama Malaysia di Sukan SEA Thailand 2025 selepas menumpaskan Indonesia 7-3 di pentas final, hari ini.
Dalam perlawanan berkenaan, Mohamad Akhimullah Anuar Esook menjadi wira negara apabila meledak hatrik.
Pemain berusia 24 tahun itu membuka tirai jaringan pada minit ke-7.
Mohamad Akhimullah yang baharu menggenggam ijazah Bacelor Komunikasi dengan Kepujian, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi (FBMK) pada Majlis Konvokesyen Universiti Putra Malaysia (UPM) Ke-49 turut menjaringkan gol pada minit ke-17 dan 29.
Muhammad Abid Sufian Mat Ruslee pula menjaringkan dua gol pada minit ke-14 dan 22.
Jaringan lain skuad kendalian Wan Mohd. Roslan Wan Abd Rahman itu diperoleh melalui Luqman Nul Hakim Ahmad Shukran dan Shafiq Ikhmal Daniel Suzaini.
Pasukan Indonesia pula meraih dua jaringan daripada Alfandy Prastyo dan Mochamad Fathur.







