
KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) merancang membangunkan aplikasi baharu bagi menaik taraf aplikasi i-KrediKom bermula tahun depan.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, aplikasi itu akan membantu bakal peminjam membuat semakan awal status lesen syarikat pinjaman wang.
Beliau berkata, aplikasi tersebut juga akan dipertingkat melalui ciri imbasan kod QR, sijil lesen digital dan semakan kedai akaun.
“Kementerian juga sentiasa bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengenal pasti serta membanteras kegiatan ah long,” katanya pada sesi soal jawab lisan.
Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Rosni Sohar berhubung cadangan mengintegrasikan i-KrediKom dengan pangkalan data PDRM dan MCMC bagi menyekat iklan pinjaman haram.
Aiman Athirah berkata, setakat ini lebih 300 laman sesawang iklan pemnberian pinjaman wang telah diturunkan melalui kerjasama KPKT dan MCMC malah usaha integrasi itu akan diteruskan.






