
KUALA LUMPUR : Jururawat diseru untuk terus memberikan khidmat cemerlang dalam memperkukuh sistem kesihatan negara.
Menerusi catatan di Facebook, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata jururawat merupakan barisan hadapan yang sentiasa bersedia tanpa mengira masa dan keadaan.
Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada seluruh jururawat di Malaysia atas jasa, keprihatinan dan dedikasi yang tidak ternilai.
“Saat kita sedang lena berehat, merekalah yang berjaga sepanjang malam memantau pesakit.
“Saat kita meluangkan masa bersama keluarga, merekalah yang berdiri teguh di wad, bilik rawatan dan ambulans, menyantuni insan yang tidak mereka kenali dengan penuh ihsan.
“Semoga Allah SWT merahmati setiap usaha murni kalian,” katanya sempena Hari Jururawat Antarabangsa disambut setiap 12 Mei bagi menghargai sumbangan para jururawat kepada masyarakat







