
PUTRAJAYA : Kementerian Pengangkutan berhasrat menubuhkan satu pasukan petugas khas bagi menangani isu keselamatan kenderaan berat secara menyeluruh.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pasukan petugas khas berkenaan akan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian
Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan.
“Saya telah tugaskan KSU untuk mempengerusikan pasukan khas ini yang bukan sekadar untuk mengkaji dan menilai apa yang
boleh dilaksanakan, tetapi untuk memulakan pelaksanaan segera bagi apa yang boleh dilaksanakan
“Apa dasar yang boleh dibincangkan dan dilaksanakan dengan segera. Pasukan ini melibatkan pelbagai pihak berkepentingan
untuk merangka strategi efektif demi keselamatan semua pengguna jalan raya,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 di sini hari ini.