KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung Sungai Sam, di sini, hari ini.
Dalam kejadian pukul 11.30 pagi itu, pemandu bas ekspres dilaporkan mengalami kecederaan ringan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, berkata pihaknya menerima panggilan pukul 11.20 pagi sebelum tiba di lokasi kejadian pukul 11.55 pagi.
“Sebaik tiba di lokasi, kita dapati kemalangan membabitkan pertembungan sebuah bas ekspres dan kereta Perodua Myvi.
“Terdapat tiga mangsa iaitu satu lelaki dan dua wanita dewasa tersepit dalam Perodua Myvi dipercayai meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak polis.
“Manakala pemandu bas mengalami kecederaan ringan. Kita menggunakan alat khas untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit,” katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat ketika dihubungi mengesahkan tiga maut.
