
KUALA LUMPUR: Kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terus menunjukkan tahap positif apabila beliau berkesempatan keluar menikmati kopi selepas 22 hari menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Menurut kenyataan Pegawai Pejabat Tun Dr. Mahathir Mohamad, Sufi Yusoff, bekas Perdana Menteri itu hari ini meluangkan masa menikmati ice chocolate bagi outing pertama di Pavilion Bukit Damansara sejak dimasukkan ke IJN pada 6 Januari lalu.
“Dr. Mahathir masih meneruskan rawatan di IJN bagi pemulihan tulang pinggul yang patah akibat jatuh pada 6 Januari lepas di kediamannya di The Mines.
“Beliau masih belum dibenarkan pulang dan akan terus menerima rawatan di IJN.” kata kenyataan itu.





