EducationPendidikanRemaja

Zahirkan persahabatan antara Malaysia dan Afrika

MOHD. SAIFUL MOHD. SAHAK

Pendekatan Malaysia yang mengentengahkan kesederhanaan membuatkan negara ini diterima baik seperti Jepun, Indonesia, Arab Saudi, China termasuk negara-negara  di Afrika yang mana hasil kerjasama dan hubungan baik ini ternyata telah menguntungkan negara.

Usaha-usaha untuk membina hubungan diplomatik dan kerjasama ekonomi termasuk dalam dunia pendidikan dengan negara luar membawa harapan serta kepentingan rakyat Malaysia di mata dunia.

Bagi Pengasas dan Presiden Universiti Limkokwing, Tan Sri Prof. Emeritus, Dr. Lim Kok Wing antara tokoh yang popular atas pencapaian apabila menerokai bidang pendidikan di negara-negara Afrika ini bukanlah terjadi sekelip mata. Tetapi ia adalah hasil usaha, kerja keras dan titik peluh kerajaan Malaysia dan Universiti Limkokwing dalam menjalinkan hubungan baik dengan negara-negara Afrika dalam bidang pendidikan. Nama Malaysia begitu sinonim di bumi Afrika atas kejayaan dan peranan Universiti Limkokwing.  Limkokwing ialah lambang negara Malaysia dan Malaysia pula adalah Limkokwing.

Berikut adalah usaha-usaha Universiti Lim Kok Wing membawa nama Malaysia di Afrika sehingga negara ini dikenali seluruh dunia.

Buku berjudul : Limkokwing Tranform Afrika membuktikan komitmen universiti itu untuk membantu pembangunan modal insan khususnya belia dan generasi muda Afrika

MENTRANFORMASI PENDIDIKAN AFRIKA

Pengasasnya, Tan Sri Prof. Emeritius Dr. Lim Kok Wing menzahirkan kasih persahabatanya kepada negara Afrika termasuk rakyatnya. Usaha terbesar yang pernah beliau laksanakan ialah membantu bekas Mendiang Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela bagi membebaskan rakyat negara itu daripada penjajahan kulit putih. Kok Wing membantu Mandela dan partinya, Kongres Kebangsaan Afrika (ANC) berkempen pada pilihan raya demokratik negara itu yang pertama daripada penghujung tahun 1993 sehingga awal tahun 1994. Pengalaman pasukan Malaysia  yang berkempen di segenap ceruk negara itu selama enam bulan sehingga ANC menang dengan majoriti 62 peratus undi akhirnya Mandela dipilih sebagai presiden kulit hitam pertama di Afrika Selatan.

Hasil kejayaan dalam memenangi pilihanraya itu, Lim Kok Wing menongkah arus dalam pendidikan Afrika apabila beliau diberi kepercayaan Nelson Mandela terlibat dalam membantu negara itu dalam soal pembangunan modal insan. Sehingga hari ini Lim Kok Wing melalui universitinya telah membuka  beberapa cawangan kampus di Botswana, Lesotho, Swaziland, Sierra Leone, Uganda, Namibia dan Rwanda yang memainkan peranan dalam membantu rakyat muda Afrika terlibat dalam industri ke arah kepelbagaian yang lebih mantap, menyesuaikan diri dengan cara hidup abad Ke-21 selain memperkasakan kemahiran asing dalam ekonomi negara serta pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi yang berdaya saing di Afrika.

Berikut adalah beberapa usaha yang telah dilaksanakan Lim Kok Wing dalam memakmurkan hubungan baik Malaysia dengan negara-negara Afrika melalui bidang pendidikan:

Limkokwing (tengah) diraikan oleh pelajar-pelajar Afrika atas usaha beliau yang berjaya membuka universiti itu di negara tersebut.

MEMBANGUN MODAL INSAN AFRIKA

Pembangunan insan adalah satu proses membentuk dan mendidik manusia secara seimbang dan holistik. Ia merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani, fizikal, intelektual dan sosial untuk kepentingan pembangunan diri. Proses membangunkan manusia ini memerlukan satu usaha yang konsisten dan berterusan agar tidak berlaku kepincangan dalam mana–mana peringkat pelaksanaannya. Usaha pembangunan insan antara usaha terbesar yang dimainkan Universiti Limkokwing bertujuan melahirkan manusia yang berkeupayaan membangunkan seluruh potensi diri dan setiap bakat serta kebolehan yang tersembunyi di dalam diri seseorang. Hari ini Universiti Limkokwing telah berjaya melahirkan lebih daripada 20,000 graduan dari Afrika yang berkeupayaan mensejahterakan dirinya, keluarga, masyarakat.

Atas kejayaan itu, Lim Kok Wing dihormati di Afrika sebagai lelaki berwawasan dan dianggap rakan negara-negara Afrika sejak beberapa dekad lepas. Beliau yang juga Wakil Khas Perdana Menteri untuk Komuniti Pembangunan Afrika Selatan (SADC) dikagumi, disayangi dan sangat dihormati di rantau ini kerana sifatnya yang sentiasa rendah diri dan wawasannya yang hebat. Beliau telah memberi impak dalam mengubah landskap pendidikan Afrika dengan membuka kampus-kampus cawangan Universiti Limkokwing yang diuruskan oleh seratus-peratus oleh alumni universiti itu. Lim Kok Wing antara ispirasi kebanyakkan generasi muda Afrika yang memainkan peranan ke arah pembangunan modal insan global.

MEMPERKASA  KEMAHIRAN DIGITAL AFRIKA

Sistem pendidikan seluruh dunia semakin menekankan pelbagai kemahiran dalam kurikulum, demi mempersiapkan pelajar menghadapi cabaran abad ke-21. Universiti Limkokwing turut tidak kecuali memainkan peranan memperkasa  kemahiran digital di Afrika.

Universiti Limkokwing menampilkan kepentingan kemahiran ini dalam dasar dan rancangan pendidikan negara tersebut bertujuan meningkatkan taraf pendidikan supaya mencapai standard antarabangsa yang mensasarkan penyertaan dari pelajar institusi pengajian tinggi Afrika, golongan belia dan golongan usahawan yang berminat untuk menceburi, memperkasakan pendidikan dan meningkatkan kemahiran di dalam ekonomi digital di Afrika.

MEMBASMI KEMISKINAN AFRIKA

Pendidikan merupakan jalan untuk meningkatkan taraf hidup terutama dalam membasmi kemiskinan. Universiti Limkokwing telah membantu lebih daripada 20,000 graduan keluar daripada kepompong kemiskinan. Pendidikan merupakan kunci ilmu pengetahuan dan tujuh buah Universiti Limkokwing di Afrika telah memainkan peranan yang penting membangunkan bakat serta potensi generasi muda negara itu supaya dapat memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara.

KERIANGAN yang terpancar oleh pelajar Universiti Limkokwing di Sierra Leone.

DIIKTIRAF UNIVERSITI TRANFORMASI AFRIKA

Peranan besar dalam membangunkan pendidikan tinggi di Afrika, Universiti Limkokwing telah mendapat pengiktirafan tertinggi Kerajaan Eswatini sebagai Universiti Transfromasi. Pengiktirafan itu telah dianugerahkan oleh His Majesty King Mswati III. Universiti Limkokwing turut mendapat pengiktirafan oleh Kerajaan Sierra Leone sebagai Universiti Kebangsaan Transformasi.

Sumbangan besar  Tan Sri Lim Kok Wing dan universitinya di Afrika diperakui sebagai Utusan Kerajaan Malaysia yang banyak menyumbang dalam pembangunan pendidikan Afrika dalam bidang kreatif dan inovatif. Usaha ini merupakan peranan dasar Malaysia dalam melaksanakan transformasi pendidikan tinggi negera di seluruh dunia. Di Malaysia, Lim Kok Wing diiktiraf  “Bapa Inovasi Pendidikan Kreatif” oleh kerajaan Malaysia. Beliau juga diktiraf sebagai “Bapa Inovasi Afrika” oleh Gabungan Perniagaan Dunia atas peranan memacu industry kreatif dan inovasi Malaysia.

Selain itu, Lim Kok Wing terus memainkan peranan yang aktif dalam memperkasakan bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Atas sumbangan besar dalam pendidikan TVET. Tan Sri Limkokwing telah dilantik Presiden Antarabangsa TVET United Kingdom yang pertama oleh Majlis TVET UK. Universiti Limkokwing mendapat pengiktirafan sebagai Kepimpinan TVET Global Transformasi Ekonomi dari Persatuan Pendidikan dan Latihan Vokasional Antarabangsa (IVEATA) atas peranan universiti itu.

PELAJAR Universiti Limkokwing Botswana yang diraikan dalam Majlis Konvokesyen universiti itu, baru-baru ini.

DIIKTIRAF BADAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN DUNIA

Universiti Limkokwing merentasi sempadan antarabangsa melalui model pendidikannya yang disesuaikan dengan keperluan pendidikan sesebuah negara. Formula pendidikan yang dibangunkan universiti itu mengubah perspektif banyak kerajaan dan komuniti akademik global. Peranan dan sumbangan besar Tan Sri Lim Kok Wing diiktiraf badan-badan pertubuhan bukan kerajaan antarabangsa yang meniktiraf  Universiti Limkokwing dalam usaha mempromosikan keamanan sejagat kepada lebih daripada 100,000 pelajar universiti itu dari 160 buah negara. Usaha memelihara keharmonian dan dalam menyatukan masyarakat antarabangsa itu dalam satu kampus di Universiti Limkokwing Cyberjaya mendapat peniktirafan daripada Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Kajian oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP). Selain itu, Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), Negara-Negara Komanwel (Komanwel).

DIIKTIRAF BADAN BELIA ANTARABANGSA

Usaha gigih Tan Sri Lim Kok Wing dalam membangunkan negara dan memperkasakan belia diseluruh dunia melalui pendidikan kreatif mengiktiraf Univerti Limkokwing penerima Anugerah Juara Komanwel oleh Majlis Belia Komanwel. Lim Kok Wing juga dilantik Penasihat Kepimpinan Inovasi Belia Komanwel. Universiti Limkokwing turut diiktiraf Universiti Kepemimpinan Belia Komanwel

PERKONGSIAN PINTAR ICT OKU ANTARABANGSA

Selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari 4 (SDG 4), Universiti Limkokwing telah menubuhkan makmal khas dengan kerjasama UNESCO IITE untuk mengukuhkan tanggungjawab pengajaran dan pembelajaran khusus kepada golongan Orang Kurang Upaya (OKU). Makmal ini dibangunkan bertujuan memberi latihan pendidikan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) inklusif yang adil untuk semua golongan pelajar termasuk OKU. Perlaksanaan ini melibatkan Univerisiti Limkokwing di Malaysia termasuk di Asia, Afrika dan Eropah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *