KUALA LUMPUR: Syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) terus komited merealisasikan impian lebih ramai umat Islam menunaikan umrah bagi musim 1447H Hijrah menerusi tawaran diskaun menarik sempena Awal Muharram, bermula 26 hingga 29 Jun ini.
Ketua Pegawai Perniagaan Andalusia, Izzati Ibrahim berkata, kempen dengan slogan ‘Mulakan Hijrah Anda Bersama Andalusia’ itu menawarkan diskaun pakej umrah musim biasa bermula dari RM200 hingga RM250 seorang.
Beliau berkata, pakej umrah secara penerbangan terus, ziarah dan transit itu hanya melibatkan penerbangan pada Julai hingga Oktober tahun ini.

“Kempen ini bukan sekadar jualan, tetapi peluang untuk bantu lebih ramai umat Islam tunaikan impian umrah 1447 Hijrah.
“Bagi pakej umrah, Andalusia juga menawarkan diskaun sehingga RM500 seorang untuk kanak-kanak bawah 12 tahun.
“Selain itu, diskaun bermula RM50 hingga RM200 seorang untuk pakej berkumpulan pelancongan luar negara terpilih, termasuk dalam Malaysia turut ditawarkan,” katanya kepada Ceritera di sini, hari ini.
Orang ramai yang berminat dengan pakej-pakej tersebut boleh melayari laman web rasmi www.umrahandalusia.com atau mengunjungi ibu pejabat atau 62 pejabat cawangan Andalusia untuk maklumat lanjut.
Sementara itu, Andalusia juga menawarkan peluang kepada umat Islam di negara ini untuk menunaikan umrah menerusi cabutan dalam Kempen Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA).

Kempen itu membolehkan para peserta yang berdaftar berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berjumlah RM500,000 termasuk sebuah kereta dan dua motosikal.
Cabutan bertuah itu akan berlangsung selama 52 minggu sehingga 31 Disember 2025 pada setiap hari Sabtu yang disiarkan menerusi siaran langsung bermula pukul 8.30 sehingga 10 malam.
