
KUALA LUMPUR: Syarikat pengendali umrah dan pelancongan, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd tampil dengan pelbagai tawaran menarik sempena MATTA Fair April 2026 yang berlangsung di MITEC termasuk diskaun pakej, pembukaan tarikh umrah musim baharu serta hadiah cabutan bertuah utama sebuah kereta Proton Saga MC3.
Menurut kenyataan Andalusia, fokus utama pameran kali ini adalah untuk menarik lebih ramai pengunjung ke reruai syarikat yang berada di aras dua dan tiga Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC).
“Terdapat tiga tarikan utama MATTA Fair kali ini iaitu promosi istimewa, pembukaan tarikh musim baharu Umrah 1448H serta cabutan bertuah yang menawarkan hadiah utama sebuah kereta sedan model Proton Saga MC3 2026.
“Bagi tawaran pertama, syarikat menawarkan diskaun pakej Umrah antara RM100 hingga RM500, manakala pakej pelancongan pula menikmati potongan harga RM50 hingga RM200 sepanjang pameran berlangsung.
“Penawaran ini memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan pakej perjalanan pada harga lebih berbaloi, khusus bagi mereka yang mahu membuat perancangan awal,” kata kenyataan itu.

Andalusia menambah, fokus kedua pula adalah membuka tarikh-tarikh penerbangan Umrah bagi musim baharu 1448H bermula dari Jun 2026 sehingga Syawal (Mac 2027).
Katanya, pembukaan awal tersebut memberi ruang kepada bakal jemaah untuk membuat tempahan lebih awal agar tidak terlepas tarikh perjalanan yang diinginkan.
“Ia juga memudahkan pelanggan membuat perancangan kewangan, cuti dan persediaan perjalanan dengan lebih tersusun.
“Paling istimewa adalah Andalusi turut membuat kelainan apabila menawarkan hadiah cabutan bertuah berupa sebuah Proton Saga MC3 2026 julung kali diperkenalkan dalam kempen ini.
“Peluang terbuka kepada pelanggan yang mendaftar pakej umrah atau pelancongan dengan nilai minimum RM5,000 seorang, sama ada di rerurai MATTA Fair, cawangan Andalusia di seluruh negara atau secara dalam talian sepanjang tempoh kempen,” ujar kenyataan tersebut.

Katanya lagi, cabutan bertuah bagi hadiah utama itu dijadualkan berlangsung pada hari terakhir MATTA Fair iaitu 5 April ini.
“Penyertaan Andalusia dalam MATTA FAIR kali ini mencerminkan komitmen berterusan syarikatdalam menawarkan pakej yang kompetitif, fleksibel serta memenuhi keperluan pelanggan masa kini.
“Dengan kombinasi promosi menarik, pembukaan musim baharu lebih awal dan hadiah istimewa bernilai, Andalusia berharap dapat memberi pengalaman tempahan bermakna kepada setiap pengunjung yang hadir,” katanya.







