
KUALA LUMPUR: Syarikat pelancongan terkenal, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd tampil dengan tawaran eksklusif iaitu pakej bulan madu romantik ke Maldives, destinasi tropika yang menjadi idaman setiap pasangan pengantin baharu.
Pakej istimewa ini direka khas untuk mereka yang mahu menyulam cinta dalam suasana mewah, tenang dan jauh dari hiruk-pikuk kota selain berpeluang menikmati pelbagai aktiviti menarik.

Menurut wakil Andalusia, sambutan pelanggan terhadap pakej ini amat memberangsangkan sekali gus membuktikan Maldives kekal sebagai destinasi nombor satu buat pasangan yang mahu ‘honeymoon’ dengan gaya tersendiri.
“Kami ingin memastikan setiap pasangan yang memilih Andalusia berpeluang merasai pengalaman bulan madu yang romantik dan eksklusif,” katanya kepada Ceritera.
Pakej bermula dari RM1,450 seorang, termasuk penginapan dan pengangkutan dari lapangan terbang ke resort pilihan.
Terdapat pilihan pakej 3 hari 2 malam, 4 hari 3 malam dan 5 hari 4 malam mengikut bajet dan citarasa pelanggan.

Sempena MATTA Fair 2025, tempoh promosi dilanjutkan hingga 14 September menyaksikan Andalusia menawarkan lebih daripada 30 pakej pelancongan dengan diskaun sehingga RM500 termasuk destinasi percutian dan umrah.
Dengan sambutan luar biasa yang diterima, Andalusia mahu memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk melancong dengan harga istimewa.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut atau tempahan melalui 60 cawangan Andalusia di seluruh negara atau secara dalam talian di platform rasmi mereka.
Dalam usaha memberi lebih banyak manfaat kepada pelanggan, Andalusia turut melancarkan Kempen Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA), satu inisiatif menarik yang memberi peluang kepada umat Islam menunaikan umrah secara percuma melalui cabutan bertuah mingguan.
Antara hadiah yang ditawarkan termasuk sebuah kereta, dua motosikal dan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM500,000
Cabutan akan diadakan di Karnival JIMBA setiap hari Sabtu. Untuk maklumat lanjut boleh ikuti akaun tiktok @jimba_andalusia.