
KUALA LUMPUR: Agensi pelancongan Islam terkemuka negara, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd kini menawarkan pakej percutian eksklusif selama tiga hari dua malam bertemakan ‘Pelayaran Houseboat Tasik Kenyir 2025: Back to Nature’.
Andalusia memaklumkan, pelayaran itu bukan sahaja menjanjikan pengalaman menyusuri keindahan alam semula jadi Tasik Kenyir, bahkan turut diserikan dengan pengisian rohani bagi memperkukuh jiwa dan ketenangan minda.
Menurutnya, pakej tersebut dirangka khas bagi mereka yang ingin merehatkan minda daripada kesibukan kota, sambil menghayati keindahan ciptaan tuhan serta mendalami ilmu agama dalam suasana tenang dan harmoni.
“Ini adalah peluang terbaik untuk para pelancong menenangkan fikiran sambil mendapatkan pengisian rohani bermanfaat dalam suasana alam semula jadi yang mendamaikan.
“Pakej ini dijangka menarik minat pelancong tempatan serta keluarga yang mengutamakan percutian berkonsep Islamik dan berteraskan kekeluargaan,” katanya kepada Ceritera.
Menurut Andalusia, pakej yang bermula dari RM998 seorang itu menawarkan pelbagai aktiviti menarik, termasuk menaiki bot laju, kayak, memancing dan riadah lain.
Lebih istimewa, para pelancong juga berpeluang menyertai solat berjemaah, sesi tazkirah dan pengisian khas rohani bersama Pengerusi Eksekutif Andalusia, Datuk Md Daud Che Ngah dan Ustaz Muhammad Muaz.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh mengunjungi 60 cawangan Andalusia di seluruh negara serta platform dalam talian rasmi mereka atau menghubungi talian 011-25373895 (Nissa), 018-3995206 (Rabieatul) atau 013-6902023 (Syamimi).
Andalusia juga menawarkan peluang kepada umat Islam di negara ini untuk menunaikan umrah menerusi cabutan dalam Kempen Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA).
Kempen itu membolehkan para peserta yang berdaftar berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berjumlah RM500,000 termasuk sebuah kereta dan dua motosikal.
Cabutan bertuah itu akan berlangsung selama 52 minggu sehingga 31 Disember 2025 pada setiap hari Jumaat yang disiarkan menerusi siaran langsung bermula pukul 8.30 sehingga 10 malam.