
KUALA LUMPUR: Cadangan menghapuskan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan diteliti bersama Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), susulan perkara itu dibangkitkan semasa kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebarang langkah atau keputusan berhubung PTPTN perlu dibuat menerusi perbincangan dengan Menteri Pengajian Tinggi yang mengendalikan agensi tersebut.
Menurut beliau, perkara itu akan dirunding dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
“PTPTN saya akan bincang dengan baik kerana Onn Hafiz pun dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan. Jadi kita runding dengan baik dan soal PTPTN itu kita bincang dengan Menteri KPT,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) yang bertanya sama ada kerajaan bersedia mempertimbangkan semula cadangan penghapusan pinjaman PTPTN seperti yang pernah dijanjikan sebelum ini.
Poay Tiong membangkitkan perkara itu susulan kenyataan Onn Hafiz yang mendakwa kerajaan sebelum ini pernah berjanji untuk menghapuskan pinjaman PTPTN, namun perkara itu masih belum dilaksanakan






