Covid-19 : PM jalani kuarantin 14 hari


KUALA LUMPUR 22 Mei – Seorang pegawai yang hadir pada mesyuarat pasca-Kabinet di Pejabat Perdana Menteri semalam telah disahkan positif Covid-19.

Mesyuarat itu dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri, Muhyiddin telah menjalani ujian saringan Covid-19 pagi ini dan disahkan negatif.

Walau bagaimanapun, menurut Perintah Pengawasan dan Pemerhatian bagi Kontak Covid-19 (Seksyen 15(1) Akta 342), Perdana Menteri perlu menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari mulai petang ini.

Semua ahli mesyuarat tersebut juga telah diarahkan agar menjalani ujian saringan dan kuarantin di rumah masing-masing selama 14 hari bermula hari ini.

Sebagai makluman, setiap mesyuarat yang diadakan di Pejabat Perdana Menteri mengamalkan penjarakan sosial dan penjagaan kesihatan yang ketat pada setiap masa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *