
PUTRAJAYA: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof hari ini menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) di sini.
Ketibaan Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air di Menara PETRA pada pukul 6.30 petang disambut timbalannya Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
Turut hadir Ketua Setiausaha PETRA, Datuk Mad Zaidi Mohd Karli.
Fadillah kemudiannya menyertai lebih 50 warga kementerian mendengar tazkirah Ramadan bertajuk ‘Penat Di Sini, Rehat Di Sana’ disampaikan Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) Mohd Salman Idrus.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan asas kepada Pusat Jagaan Amal Asyura serta duit raya wakalah zakat PETRA kepada 36 orang anak yatim pusat berkenaan.
Timbalan Perdana Menteri juga menunaikan solat Maghrib secara berjemaah yang diimamkan Mohd Salmam.