
KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan penahanan dua individu termasuk seorang figura awam bagi membantu siasatan kes disyaki berkhalwat di Daerah Petaling petang semalam.
Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, tangkapan dilakukan kira-kira 6 petang dengan kedua-dua individu disiasat mengikut Seksyen 29 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995.
“Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya sekali.
“JAIS menasihatkan umat Islam agar tidak mengaibkan mana-mana individu dengan menjadikannya bahan spekulasi, perdebatan dan fitnah dalam apa juga cara.,” katanya dalam kenyataan hari ini.






