KUALA LUMPUR: Dengan pengalaman lebih 23 tahun, jenama Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) terus kukuh sebagai pengendali perkhidmatan ejen pelancongan khususnya dalam ibadah haji dan umrah.
Kecekapan dan keupayaan pengendalian itu menyaksikan Andalusia sudah menguruskan lebih 800,000 Jemaah umrah dan haji sejak syarikat itu beroperasi.
Ketua Pegawai Perniagaan Andalusia, Izzati Ibrahim berkata, pihaknya kini mempunyai sebanyak 60 cawangan di seluruh Malaysia serta platform dalam talian rasmi bagi memudahkan urusan berkenaan perkhidmatan mereka.
Beliau berkata, sebagai sebuah jenama yang dipercayai, pakej pelancongan Andalusia menerima sambutan hebat yang mana setiap tahun menerima hampir 10,000 pelancong yang memilih perkhidmatan mereka.
“Kelebihan pakej pelancongan Andalusia adalah kita menyediakan pakej ‘all-in’ termasuk tiket penerbangan, pengangkutan, penginapan hotel, makan minum dan lain-lain.
“Kami menawarkan sebanyak 35 pakej pelancongan mesra Muslim meliputi 18 buah negara, termasuk dalam Malaysia dengan harga yang berpatutan,” katanya kepada Ceritera.

Andalusia turut menempatkan petugas di Tanah Suci bagi mengendalikan perkhidmatan menguruskan kebajikan jemaah, penginapan dan sebagainya.
Ia termasuk mutawif terdiri daripada golongan berpengalaman yang mana para jemaah boleh memperoleh banyak ilmu pengetahuan disampaikan mutawif.
Yang pastinya, kesemua pengembara atau jemaah haji dan umrah akan berpuas hati dengan kualiti servis serta layanan terbaik yang ditawarkan Andalusia.
Sementara itu, Andalusia juga menawarkan peluang kepada umat Islam di negara ini untuk menunaikan umrah menerusi cabutan dalam Kempen Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA).

Kempen itu membolehkan para peserta yang berdaftar berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berjumlah RM500,000 termasuk sebuah kereta dan dua motosikal.
Cabutan bertuah itu akan berlangsung selama 52 minggu sehingga 31 Disember 2025 pada setiap hari Jumaat yang disiarkan menerusi siaran langsung bermula pukul 8.30 sehingga 10 malam.
