
KUALA LUMPUR: Menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci merupakan impian setiap umat Islam.
Dalam hiruk-pikuk kehidupan moden yang serba mencabar, ibadah umrah hadir sebagai panggilan istimewa iaitu sebuah perjalanan rohani yang mampu menyentuh sanubari, menghapus dosa dan memberi nafas baharu dalam kehidupan.
Lebih daripada sekadar ibadah fizikal, umrah adalah pengalaman spiritual yang mendalam.
Setiap langkah di bumi penuh barakah, Mekah dan Madinah membawa makna tersendiri bermula dari tawaf mengelilingi Kaabah yang melambangkan kesatuan umat Islam, hingga saat mengangkat tangan berdoa di Raudhah yang digelar taman syurga.
Ramai jemaah pulang dengan hati yang lebih tenang, jiwa yang damai, serta hubungan yang lebih dekat dengan Pencipta. Bagi sesetengahnya, umrah menjadi titik permulaan kepada penghijrahan hidup yang lebih bermakna dan berkat.
Memahami keperluan ini, Andalusia Travel & Tours komited memberikan pengalaman umrah yang tersusun, selesa dan bermakna.
Dengan bimbingan mutawif berpengalaman, pengurusan profesional dan jadual perjalanan yang sistematik, Andalusia memastikan para jemaah dapat menunaikan ibadah dengan penuh keyakinan dan ketenangan.
Antara kemudahan yang ditawarkan termasuk kursus umrah percuma dan komprehensif, penginapan hotel bertaraf tinggi yang terletak berhampiran Masjidilharam dan Masjid Nabawi, serta pakej fleksibel daripada kategori ekonomi hingga VIP.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut atau membuat tempahan, boleh menghubungi pihak Andalusia melalui pautan berikut https://pakejumrahwasap.wasap.my
Dalam usaha menyemarakkan semangat menuntut ilmu dan beribadah, Andalusia turut melancarkan Kempen Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA).
Kempen ini menawarkan peluang menunaikan umrah secara percuma menerusi cabutan bertuah mingguan.
Antara hadiah menarik yang ditawarkan termasuk sebuah kereta, dua buah motosikal, serta pelbagai hadiah lain dengan jumlah keseluruhan melebihi RM500,000.
Cabutan bertuah diadakan setiap hari Sabtu semasa Karnival JIMBA, dengan siaran langsung boleh diikuti menerusi akaun TikTok rasmi @jimba_andalusia.