Nasional

MAIDAM nafikan Dakwaan Penyelewangan Wang Zakat

Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) ingin menegaskan bahawa mereka menolak sepenuhnya dakwaan penglibatan agensi tersebut dalam penyelewangan wang zakat, sebagaimana yang dilaporkan oleh pihak media massa pada 4 Januari baru-baru ini.

Dalam kenyataan rasmi, MAIDAM menjelaskan bahawa siasatan yang sedang dijalankan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kes seleweng kutipan zakat lebih RM9.7 juta di Selangor, Terengganu, dan Perak tidak melibatkan agensi mereka di Terengganu.

MAIDAM menegaskan pengesahan yang diperoleh daripada pihak Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman pada 5 Januari 2024, menunjukkan bahawa kes yang dilaporkan di Terengganu sebenarnya merujuk kepada tindakan seorang pekerja di sebuah syarikat swasta yang tidak membayar zakat ke atas wang yang diamanahkan oleh majikannya.

“Dengan pengesahan ini, kami ingin menekankan bahawa kes yang dilaporkan ini tidak mempunyai kaitan sama sekali dengan kakitangan, amil zakat, mahupun ejen zakat MAIDAM,” ujar kenyataan tersebut.

MAIDAM juga ingin memberitahu masyarakat melalui penjelasan yang disiarkan melalui Buletin Utama TV3 pada 5 Januari 2024, untuk menghapuskan sebarang keraguan atau persepsi yang salah berkaitan dengan dakwaan tersebut. Mereka berharap masyarakat dapat memahami bahawa mereka tetap berkomitmen untuk menjaga integriti dan kebersihan dalam pengurusan dana zakat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *