
KUALA LUMPUR: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) melakar kejayaan membanggakan apabila merangkul anugerah Malaysia Outreach Project of The Year bagi Kategori Komunikasi Peringkat Asia Pasifik di GovMedia Conference and Awards 2026 yang telah berlangsung di Singapura pada 9 Julai 2026 baru-baru ini.
Pengiktirafan berprestij ini berjaya diraih menerusi inisiatif komunikasi kementerian ini yang berimpak tinggi, iaitu ๐๐๐๐๐ ๐๐ค๐ฎ๐๐: ๐ ๐๐ข๐ง๐ข๐ฌ๐ญ๐ซ๐ฒ ๐ข๐ง ๐๐๐ญ๐ข๐จ๐ง. Program PETRA Skuad ini telah dilancarkan sejak tahun 2024, di mana program jangkauan luar (outreach) nasional ini telah menghubungkan jurang antara pelaksanaan infrastruktur penting dan kefahaman masyarakat di seluruh pelosok negara, meliputi Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Melalui pendekatan turun padang dan penceritaan pelbagai platform, inisiatif PETRA Skuad membuktikan ketelusan serta komitmen kementerian dalam menguruskan sektor yang penting kepada rakyat seperti keterjaminan air dan peralihan tenaga boleh baharu.
Ketua Komunikasi Korporat PETRA, Noreha binti Mohd Ripin telah mewakili Kementerian semasa majlis penganugerahan tersebut.
Kejayaan berganda turut dimaknai oleh PETRA apabila agensi di bawahnya iaitu ๐๐๐ง๐ ๐ฎ๐ซ๐ฎ๐ฌ๐๐ง ๐๐ฌ๐๐ญ ๐๐ข๐ซ ๐๐๐ซ๐ก๐๐ (๐๐๐๐), turut diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Malaysia E-Governance Project of the Year kategori Utiliti dalam majlis anugerah yang sama.
Pengiktirafan PETRA di peringkat Asia Pasifik menggambarkan komitmen jitu kerajaan untuk terus memberikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik, telus, dan berimpak tinggi demi kesejahteraan rakyat Malaysia dalam sektor air dan tenaga.





