
KUALA LUMPUR: Bila bercerita mengenai Aidilfitri, sudah pasti persiapan seperti baju raya, biskut raya dan perhiasan rumah diberi perhatian paling utama.
Namun, di sebalik keterujaan berbelanja menyiapkan persiapan, umat Islam digalakkan supaya berpada-pada dan tidak berlebihan sehingga membazir atau lebih teruk, berhutang keliling pinggang.
Oleh hal yang demikian, umat Islam di negara ini perlu melihat dan mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW dalam menyambut Aidilfitri.
Antara sunnah yang dilakukan baginda adalah berpuasa enam dalam bulan Syawal.
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan kemudian diikuti dengan enam hari di bulan Syawal, ia bersamaan dengan berpuasa sepanjang tahun”.
Selain itu, Rasulullah SAW sangat menggalakkan umat Islam untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persaudaraan, yang mana amalan ziarah dapat mengeratkan silaturrahim serta mengukuhkan ukhwah Islamiah.

Pada bulan Syawal juga Rasulullah SAW berkahwin dengan Aisyah RA.
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Aisyah RA berkata, “Rasulullah SAW telah mengahwiniku pada bulan Syawal dan Rasulullah bersama denganku juga pada Syawal. Isteri Rasulullah mana yang lebih beruntung di sisi Rasulullah SAW dari pada ku?”
Begitu juga adab-adab pada hari raya ialah mandi, memakai bau-bauan dan memakai pakaian yang baru.
Ia temasuk menghidupkan malam raya dengan beribadat kepada Allah SWT, seperti melakukan solat, berzikir, membaca al Quran, bertasbih, bertahmid, beristighfar dan sebagainya.
Sebagaimana yang dilakukan oleh Nabi SAW dan para sahabatnya iaitu Ibn Umar dan Ali bin Abi Thalib dan lain-lain. Said bin al-Musayyib berkata: “Sunat-sunat hari raya ada tiga. Berjalan ke tempat solat, makan sebelum keluar dan mandi.”
Sunat bersegera ke masjid pada pagi hari raya. Bagi imam solat hari raya, sunat datang akhir iaitu ketika hendak memulakan solat hari raya sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Sunat makan sedikit makanan sebelum pergi bersolat Aidilfitri, manakala Aidiladha pula tidak disunatkan makan dan minum sehingga selesai solat.
Bagi mereka yang ingin merasakan pengalaman yang lebih istimewa menyambut Ramadan dan Syawal, mengunjungi Tanah Suci adalah suatu pilihan yang sangat berharga.
Dapatkan pengalaman berpuasa dan beraya di Tanah Suci bersama orang tersayang, sambil menghidupkan sunnah Rasulullah di bulan Syawal dengan Pakej umrah yang ditawarkan oleh Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd.
Andalusia juga memperkenalkan Kempen JIMBA (Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia) yang memberikan hadiah istimewa seperti pakej umrah, jongkong emas, dan hadiah utama berupa sebuah kereta elektrik.
