
KUALA LUMPUR: Mekah al-Mukarramah yang terletak kira-kira 73 kilometer dari timur Jeddah, Arab Saudi merupakan kota paling suci buat umat Islam, memiliki sejarah dan sangat kaya dengan kebudayaan.
Mekah juga menempatkan Masjidilharam yang dibina mengelilingi Kaabah iaitu kiblat bagi umat Islam menunaikan solat lima waktu termasuk jemaah yang melakukan tawaf ketika musim haji dan umrah.

Menurut sejarah Islam, Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail bertanggungjawab memajukan Mekah dan kota itu semakin membangun apabila adanya telaga air zam-zam, selain umat Islam diajak menunaikan ibadah haji.
Mekah juga merupakan tanah kelahiran Nabi Muhammad SAW. Baginda hidup dalam kalangan masyarakat yang menyembah berhala tetapi tetap tidak lupa akan ajaran Nabi Ibrahim.
Sewaktu baginda berusia 40 tahun dan sedang berada di dalam sebuah gua yang bernama Gua Hira, baginda didatangi malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu daripada Allah.
Wahyu itu memerintahkan supaya Rasulullah menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh penduduk Mekah.
Baginda menyampaikan ajaran Islam kepada penduduk Mekah tetapi kebanyakkan mereka menentangnya.

Baginda kemudiannya berhijrah ke Madinah pada tahun 622 Masihi dan pada masa sama ajaran Islam kemudiannya berkembang ke seluruh Semenanjung Arab.
Nabi Muhammad kemudiannya kembali ke Mekah pada tahun 628 Masihi bersama-sama ribuan pengikut baginda.
Peristiwa itu dinamakan sebagai pembukaan kota Mekah menyaksikan penduduk kota itu akhirnya menganut Islam dan menjadikan Mekah sebagai pusat perkembangan Islam sehingga kini.
Dalam pada itu, syarikat pengendali haji dan umrah, Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd menawarkan peluang kepada umat Islam di negara ini untuk menunaikan umrah menerusi cabutan dalam Kempen Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA).

Kempen itu membolehkan para peserta yang berdaftar berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah berjumlah RM500,000 termasuk sebuah kereta dan dua motosikal.
Cabutan bertuah itu akan berlangsung selama 52 minggu sehingga 31 Disember 2025 pada setiap hari Jumaat yang disiarkan menerusi siaran langsung bermula pukul 8.30 sehingga 10 malam.







