Uncategorized

Surat Terbuka kepada MB Selangor Dato’ Seri Amirudin

Saudara Pengarang,

Saya meminta kerajaan negeri Selangor dibawah pimpinan DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARI memantau pembangunan yang sedang pesat membangun di daerah Sepang.

Hampir 20 tahun menetap di Warisan Indah tanpa ada sebarang kerosakkan di kawasan perumahan saya. Sejak sebuah pembinaan banggunan tinggi 24 tingkat yang jaraknya kurang 20 meter dari kawasan perumahan berlaku beberapa keretakkan terhadap hampir 30 biji rumah di Warisan Indah.

Laluan masuk yang mencurigakan penduduk jarak hanya 20 meter dan keadaan jalan rosak teruk

Kami penduduk telah mengadu kepada majlis dan pemaju tentang masalah yang kami hadapi, hak kami di tidakkan oleh pemaju dalam sepucuk surat yang mengatakan kami tidak layak menerima pampasan kerana kerosakkan bukan disebabkan oleh pembinaan. Untuk pengetahuan Dato’ Seri Amirudin hampir 20 tahun saya menetap tanpa ada sebarang kerosakkan sebelum pemaju memulakan kerjanya.

Yang mencurigakan adalah laluan pembinaan yang menggunakan Jalan Utama ke taman kami juga rosak teruk dan laluan keluar masuk pembinaan agak mencurigakan kerana memiliki 3 laluan yang mana ianya berhadapan dengan taman hanya jarak 20 meter.

Walaupun aduan demi aduan penduduk ajukan perkara ini ke pihak Majlis Perbandaran Sepang melalui email dan juga Ahli Majlis akan tetapi nampaknya perkara ini seolah tidak dipandang serius oleh pihak yang berkaitan.

Ahli Majlis mengatakan Pemaju memang degil dan tidak pernah menghantar wakil untuk selesaikan masalah yang timbul dan sudah diluluskan oleh jabatan. Persoalannya adakah Majlis Perbandaran tidak mempunyai kuasa dalam isu ini ataupun ada tangan ghaib yang berlaku di sebalik pembinaan ini.

Pemaju Degil, Majlis tiada kuasa?

Persoalan lain yang bermain difikiran penduduk bagaimana pembinaan bangunan setinggi mendapat kelulusan. Adakah pihak CAAM diberitahu tentang pembinaan ini? Kita tidak mahu perkara tahun 2018 berulang dengan kesalahan diletakkan kepada pihak kerajaan negeri dan CAAM.

Bagi saya bangunan ini ianya tidak sesuai kerana Warisan Indah adalah laluan turun dan naik Kapal Terbang dari KLIA, bayangkan kami rumah bawah pun terasa kuat gegarannya bagaimana pula jika kondominium setinggi itu,

Banyak perkara yang yang meragukan dalam pembangunan di Sepang. Jika Kerajaan negeri Selangor tidak memantau mungkin Sepang akan kehilangan penduduknya. Sepang Bersih, Hijau Dan Sejahtera hanyalah slogan yang sia-sia yang dijaga hanyalah pemaju-pemaju yang kaya bukan rakyat Sepang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *