TMJ berang, Safawi mohon maaf
Bintang muda skuad Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid memohon maaf kepada semua peminat pasukan itu kerana gagal beraksi cemerlang dalam beberapa perlawanan musim ini termasuk ketika menang 2-1 ke atas Suwon Bluewings dalam aksi Liga Juara-Juara Asia (ACL), semalam.
Safawi memberi reaksi itu menerusi laman Instagram dan berjanji akan memperbaiki permainannya pada masa akan datang.
“Great win last night @officialjohor. Dalam masa sama saya ingin minta maaf terhadap prestasi saya dan saya akan cuba tingkatkan tahap prestasi saya.
“Inshaallah, next game saya akan berikan yang terbaik kepada team. Tanpa sokongan anda semua saya tidak akan sampai ke tahap ini,” katanya.
Reaksi itu dipercayai berpunca daripada kemarahan pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang tidak berpuas hati dengan prestasi yang ditampilkan Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan musim lalu.
Segalanya dikatakan berpunca daripada tekanan yang diberikan kekasihnya iaitu Syifa Melvin yang mahu mereka segera berkahwin.
Akibat desakan yang diberikan, bintang Harimau Malaya itu dilihat gagal memberikan aksi cemerlang semasa di dalam padang berbanding musim lalu dan sekali gus memberi impak kurang baik kepada skuad Harimau Selatan, walaupun pasukan itu beraksi cemerlang.
Dalam pada itu, Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin dalam kenyataannya di Harian Metro, menafikan dirinya menjadi punca kepada kemerosotan prestasi Safawi sambil menegaskan, dia tidak pernah mendesak pemain itu untuk segera berkahwin.
“Tak pernah paksa kahwin, tak pernah mintak satu sen duit Safawi! Demi Allah, Allah Maha Adil,” kata adik Syatilla Melvin itu.