Boleh balik kampung, patuhi SOP – Ismail Sabri


ORANG ramai boleh pulang ke kampung untuk menyambut Aidiladha berikutan tiada sekatan perjalanan termasuk rentas negeri, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob

Bagaimanapun, beliau mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan bagi mengawal penularan Covid-19.

“Patuhi SOP walaupun kerajaan benar balik kampung, kita kena jaga kita. Kita kena pastikan diri kita terjaga dengan mematuhi setiap SOP dikeluarkan,” katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan memutuskan untuk menghadkan tidak lebih 10 ekor haiwan bagi masjid dan surau termasuk lokasi korban yang dibenarkan oleh pejabat agama daerah dan pihak berkuasa tempatan.

Katanya, had itu tertakluk kepada keluasan lokasi korban.

“Jumlah kehadiran ketika ibadah korban hanya dihadkan kepada 20 orang untuk setiap ekor haiwan korban.

“Selain itu, jamuan makan di tapak korban tidak dibenarkan kecuali makanan dibungkus. Bagi jamuan di rumah, tidak boleh melebihi 20 orang pada satu-satu masa,” katanya.

Sumber – Bebasnews.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *