-
Pencuri dimandikan ibarat mayat oleh imam dan jemaah masjid
Tular satu video di laman sosial seorang pencuri tabung masjid dipercayai dimandikan oleh jemaah sebauh masjid bersama imam. Imam yang sepatutnya mengimamkan solat telah mengimamkan mandi jenazah kepada bakal jenazah itu ddiatas tempat pemandian mayat di bilik jenazah masjid tersebut.
'Mayat' itu turut dilumurkan dengan kapur barus persis mayat dimandikan menggunakan air dari saluran getah paip. -
Melaka Sentral terima pelaburan RM3.5 bilion
Kerajaan negeri Melaka hari ini menandatangani perjanjian usahasama pembangunan semula terminal pengangkutan bersepadu di bandar Peringgit di sini dengan kos pembinaan RM3.5 bilion.
Pembangunan projek di tapak terminal sedia ada itu dimeterai antara anak syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka iaitu Melaka Sentral dengan syarikat pelabur dan pemaju, Goodyield Development Sdn. Bhd. (GDSB), disaksikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.
Sulaiman berkata, Melaka Sentral yang akan baharu itu bakal menjadi pemangkin agenda pembangunan ekonomi negeri dan hab pengangkutan termoden di negara ini.
"Pembangunan itu melibatkan keluasan kasar terminal sebanyak 743,775 kaki persegi dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM372 juta yang akan diserahkan secara 'in kind' kepada MSSB dan boleh menempatkan 340 ruang niaga untuk disewakan,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama Cadangan Projek Pembangunan Semula Melaka Sentral Antara MSSB dengan GDSB, di Kompleks Seri Negeri.
Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ts. Kamel Mohamed; Pengerusi Lembaga Pengarah MSSB, Datuk Wira Hasnoor Sidang Husin; Pengurus Besar MSSB, Abu Bakar Jani dan Ahli Lembaga Pengarah GDSB, Datuk Muhammad Hafidz Nuruddin; Pengarah Urusan GDSB, Zahrin Haris dan Ketua Pegawai Eksekutif GDSB, Wellen Remy Rizal.
Projek di atas tapak seluas 18 ekar itu bakal menempatkan lima bangunan terminal utama, pusat beli belah, lot komersial di setiap sektor, masjid, hotel, hab monorel, pusat penganjuran acara, pejabat, klinik, pawagam dan pusat hiburan.
Sulaiman berkata, perjanjian pembinaan terminal ikonik itu akan dilaksanakan melalui Inisiatif Pembiayaian Swasta (PFI).
"GDSB sedia menawarkan penyelesaian hutang pinjaman bank MSSB daripada bahagian untung tetap kepada MSSB untuk setiap sektor pembinaan.
"Secara keseluruhan jumlah manfaat kewangan diterima MSSB apabila siap projek pembangunan semula Melaka Sentral ini dianggarkan RM466 juta,'' ujar beliau.
Tambahnya, jumlah itu tidak termasuk pendapatan tahunan berbentuk 'recurring income' (pendapatan berulang) dari perkongsian hasil sewaan dan pengurusan petak letak kereta yang dianggarkan berjumlah RM1.5 juta hingga RM2 juta setahun,'' katanya.
Sulaiman berkata, pembangunan Melaka Sentral akan dilaksanakan melalui lima sektor pembinaan secara berperingkat-peringkat yang dijangka bermula pada Jun 2022 dan disiap sepenuhnya pada tahun 2029.
"Bagi sektor pertama, projek ini merangkumi pembangunan bangunan terminal utama untuk ketibaan dan pelepasan, blok kondomium, hotel, 18 buah pawagam dan lot komersial yang dijangka siap pada 2024.
"Sektor kedua melibatkan terminal ekspres wilayah selatan, satu block kondominium, zon hiburan dan ruang komersial yang akan disiapkan pada Jun 2025.
"Sektor ketiga pula adalah terminal ekspres wilayah tengah, dua blok kondominium dan lot komersial yang siap pada Disember 2026.
"Sektor keempat terminal ekspres wilayah utara, satu blok kondominium dan ruang komersial yang akan siap pada 2028 dan terakhir terminal ekspres bagi wilayah timur, sebuah masjid, satu blok kondominium, hab monorel, dewan banquet dan ruang komersial yang dijangka siap pada 2029,'' katanya. -
Seir Rashid (Tempatan Fest) cerita tentang Kitab Grafik Di Kala Pandemik Sejagat
Pengasas Tempatan Fest, Nasir Abd Rashid atau lebih digelar Seir Rashid meluangkan masa untuk membedah buku lukisan dan tulisan beliau yang baru sahaja diterbitkan.
Mengandungi 98 halaman, kitab ini berkisarkan aktiviti, kejadian dan pengalaman yang berlaku sepanjang tempoh PKP hingga ke PKPB.
Memaparkan 50 peratus ilustrasi dan 50 peratus tulisan memberikan kelainan dalam kitab ini bag mengubah corak kita berfikir.
Pelbagai kisah disampaikan dalam kitab, bagaikan satu catatan sejarah yang unik, setiap orang perlu ada buku ini.
Demi masa
Manusia sentiasa dalam rugi
Melainkan mereka yang tahu -
Video Pendek Pelajar Mesir
Video Raya dari pelajar di Mesir -
Perutusan Khas Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Ucapan Khas untuk semua Frontliner dan rakyat Malaysia.
Untuk Warga Kuala Lumpur dan titiwangsa khususnya -
Ucapan Hari Raya Dari Mohd Nizhar Kasir
Ucapan Hari Raya dr warga malaysia di luar negara -
Bersediakah Malaysia?
Malaysia sedang melawan Pendemic Covid-19 dan segalanya akan berubah demi kemenangan yang ingin kita kecapi.
#kitajagakita #ceritera #kitamestimenang -
Ceritera dan Bank Islam? Akan Datang....
Sama-sama membantu untuk masa depan lebih baik.. -
Selamat Tahun Baharu 2020 - My Jet Xpress Airlines
Sudah seminggu tahun baharu 2020 berlalu.
Azam baharu terus dilaungkan bagi menyuntik semangat diri mengejar kemajuan.
Begitu juga dengan My Jet Xpress Airlines yang mahu menjadi pemain utama industri kargo.
Ikuti ucapan tahun baharu dan azam Ketua Pegawai Eksekutif My Jet, Azrul Hisham Dato' Abdul Wahab dan Vice President (Head of Financial Controller & General Affairs) My Jet, Muhammad Allif Qayyum.
Ikuti temu bual eksklusif Ceritera bersama Azrul Hisham di link berikut :
https://ceritera.com.my/my-jet-xpress-keseriusan-ceo-the-way-to-go/
Selamat tahun baharu My Jet.
Semoga bertambah maju dan mencipta kejayaan.
#myjet
#airlines
#kargo
#logistic -
MYJET XPRESS
Temubual Eksklusif bersama CEO, My Jet Xpress Airlines, Azrul Hisham Dato’ Abdul Wahab yang mempunyai visi tersendiri dalam membawa My Jet sebagai pemain utama industri pengangkutan kargo yang lebih efisien,
My Jet dengan motto ‘The Way To Go’ juga memfokus kepada menerokai sektor global.
"Keekuatan My Jet iaitu reliability atau kebolehpercayaan.
“Itulah satu kekuatan utama kami (My Jet). OTP atau on-time performance (ketepatan masa penerbangan) My Jet kepada pelanggan bagi tempoh dua ke tiga tahun ini hampir 100 peratus.
“Kekuatan tersebut sangat penting untuk industri ini. Bila orang percaya kita dan performance sentiasa didahulukan, itu kriteria penting,” katanya ketika ditemu bual secara eksklusif oleh tim Ceritera di pejabatnya di Bandar Pinggiran Subang, Selangor baru-baru ini.
Ikuti siri penuh di
PORTAL ceritera : www.ceritera.com.my
FB : https://www.facebook.com/Ceritera.com.my
Insta : @ceritera.com.my -
Prabowo, Indonesia 2020, ‘suka tidak suka’ - RUSDI KIRANA
Temubual eksklusif bersama Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Bapak Rusdi Kirana di Kedutaan Besar Republik Indonesia Kuala Lumpur.
Pak DuBes, Bapak Rusdi membicarakan mengenai hubungan Malaysia Indonesia, politik Indonesia, hala tuju Indonesia 202 dan juga kisah indah serumpun.
Berita penuh boleh dilayari di www.ceritera.com.my dan banyak lagi cerita menarik.
Jangan lupa SUBSCRIBE CeriteraTV dan ikuti kami di laman sosial
@ceritera.com.my
www.ceritera.com.my
www.thinkmedia.com.my
https://www.facebook.com/Ceritera.com.my -
Bukan Kaleng2 Gaiss... Wanita ini tawan Mini Amazon...
Maklumat lanjutbdi fb kami https://www.facebook.com/Ceritera.com.my/
#pancing #ladyanglers #miniamazon #kampungbeng #kakipancing #fishing #flyfishing #fishingspotmalaysia