
KUALA LUMPUR: Para jemaah melahirkan rasa syukur dan kepuasan selepas menyertai pakej umrah anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) yang disifatkan sebagai teratur, selesa dan memberikan pengalaman ibadah yang mendalam.
Melalui pakej lawatan ziarah ke beberapa destinasi bersejarah termasuk Istanbul, Türkiye, ramai jemaah mengakui perjalanan ibadah mereka dipermudahkan hasil bimbingan mutawif berpengalaman serta pengurusan yang cekap oleh pihak Andalusia.
Seorang jemaah, Abdul Rahman, berkata dia gembira apabila berpeluang melawat lokasi-lokasi bersejarah dan menarik di Istanbul seperti muzium Islam dan masjid-masjid terkenal.
“Kami dibawa ke tempat-tempat yang sangat menarik dan memberi kesan mendalam. Muzium Islam di sana amat mengagumkan sekali gus memberi satu pengalaman yang sukar dilupakan. Bertuah bagi mereka yang berpeluang menjejakkan kaki ke sana,” katanya.

Katanya, kunjungan ke makam para sahabat Nabi Muhammad SAW turut meninggalkan kenangan bermakna dalam perjalanan rohani mereka.
Selepas itu, rombongan meneruskan perjalanan ke Madinah, di mana mereka dapat menunaikan ibadah dengan tenang dan lancar di Masjid Nabawi, meskipun berdepan cuaca panas.
“Alhamdulillah, kami dapat masuk ke Raudhah dengan selesa. Segala urusan ibadah berjalan lancar berkat bimbingan mutawif Andalusia yang sangat berpengalaman,” ujar Abdul Rahman.
Dari segi penginapan dan penyediaan makanan, para jemaah turut memuji tahap layanan serta keselesaan yang disediakan sepanjang perjalanan.

Sementara itu, seorang lagi jemaah, Asma, yang pertama kali menunaikan umrah pada bulan Ramadan, menyifatkan pengalamannya sebagai mencabar tetapi amat berharga berkat tunjuk ajar berterusan daripada petugas Andalusia.
“Walaupun suasana agak sesak dengan jumlah jemaah yang ramai, pihak Andalusia sentiasa membantu kami dengan komunikasi yang jelas dan panduan yang berterusan. Semua urusan menjadi mudah,” katanya.
Asma turut menzahirkan penghargaan terhadap komitmen tinggi petugas Andalusia yang sentiasa memastikan keselesaan jemaah, termasuk dalam aspek penginapan, pengurusan teknikal serta keperluan harian di Tanah Suci.

Dalam usaha berterusan menyemarakkan semangat beribadah dalam kalangan umat Islam, Andalusia meneruskan kempen Jelajah Impian dan Mimpi Bersama Andalusia (JIMBA) iaitu inisiatif mingguan yang menawarkan pakej umrah percuma melalui cabutan bertuah.
Antara hadiah utama yang ditawarkan termasuk kereta, motosikal serta pelbagai barangan bernilai, dengan jumlah keseluruhan hadiah melebihi RM500,000.
Cabutan bertuah diadakan setiap Sabtu semasa Karnival JIMBA, dan boleh disaksikan secara langsung melalui akaun TikTok rasmi @jimba_andalusia.







