
KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan melaksanakan solat hajat dan bacaan doa di tiga buah masjid utama malam ini susulan keadaan jerebu ketika ini.
Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata, ia akan dijalankan selepas solat Maghrib di Masjid Negara, serta Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya.
Beliau berkata, umat Islam diseru bersama-sama melaksanakan solat hajat serta memanjatkan doa kepada Allah SWT agar dikurniakan perlindungan, kesihatan, keselamatan dan ketenangan dalam menghadapi ujian ini.
“Semoga Allah SWT melindungi seluruh rakyat Malaysia daripada sebarang kemudaratan, memelihara kesihatan dan keselamatan kita semua serta memulihkan keadaan di kawasan-kawasan yang terjejas,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Setakat 8 pagi tadi, sebanyak 17 kawasan di enam negeri iaitu Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Melaka dan Perak serta Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat





