
SEPANG: Dua wanita antara diremen berhubung kes pembunuhan seorang pelajar wanita universiti swasta di unit kondominiumnya di Cyberjaya, Selasa lalu direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 3 Julai ini.
Ketiga-tiga suspek berusia dalam lingkungan 19 hingga 20 tahun tiba di Mahkamah Sepang pada jam 8.30 pagi dikawal anggota polis.
Perintah reman dikeluarkan Hakim Mahkamah Sesyen Sepang, Azaraorani Abdul Rahman bermula hari ini sehingga Khamis ini.
Ketiga-tiga suspek kemudiannya dibawa keluar dari kawasan mahkamah pada jam 9.45 pagi.
Selasa lalu mangsa berusia 20 tahun ditemui maut di unit kondominiumnya di Cyberjaya oleh seorang rakan kira-kira jam 10 pagi.
Mangsa yang juga pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi dilaporkan tinggal seorang diri selepas lima rakan serumahnya pulang bercuti sejak 21 Jun lalu.
Terdahulu, Ketua Polis Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman, berkata suspek ditahanditahan di sekitar Johor Bahru, Johor dan Gemencheh, Negeri Sembilan, antara jam 9 pagi semalam hingga jam 2 pagi tadi.
Katanya, ketiga-tiga suspek dikenali mangsa wanita itu dan tangkapan dibuat dalam tempoh 48 jam selepas laporan polis berhubung kematian mangsa diterima pada jam 10.28 pagi Selasa lalu.
“Operasi bersama dijalankan pasukan Bukit Aman, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.





