Kes Cacar Monyet Meningkat di Jakarta: 11 Kes Dikesan Sejak Awal Tahun Ini
Pejabat Kesihatan Jakarta mengesahkan sekurang-kurangnya 11 kes cacar monyet (mpox) yang telah dikesan di beberapa daerah kecil di wilayah tersebut setakat tahun ini. Kes terbaharu dilaporkan pada bulan Jun lalu, menambah kebimbangan terhadap penyebaran penyakit ini.
Menurut Pemangku Ketua Bahagian Pencegahan dan Kawalan Penyakit, Dr. Maryati Kasiman, sembilan daripada kes tersebut melibatkan penduduk Jakarta, manakala dua lagi pesakit berasal dari luar wilayah. “Kes terbaru dikenal pasti pada Jun,” kata Dr. Maryati kepada portal berita detikcom.
Lapan Mukim Terjejas
Laporan tersebut menyatakan bahawa kes cacar monyet telah merebak ke lapan mukim, iaitu Pasar Minggu, Ciracas, Grogol Petamburan, Jatinegara, Kebon Jeruk, Matraman, Tanah Abang, dan Tanjung Priok. Kesemua pesakit berumur antara 21 hingga 50 tahun, dengan kes pertama dilaporkan pada 22 Januari yang melibatkan seorang wanita yang dijangkiti HIV dan penyakit kelamin. Kes kedua pula dilaporkan pada 7 Februari.
Kebimbangan Global
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) baru-baru ini mengisytiharkan mpox sebagai kecemasan kesihatan awam global buat kali kedua dalam tempoh dua tahun, menekankan kebimbangan berterusan terhadap penyebaran penyakit ini di peringkat global.