

Melaka – Sehingga jam 11 pagi tadi, saluran bagi pengundi muda masih kosong berbanding laluan lain yang menunjukan tidak ramai pengundi muda turun membuang undi.
Keadaan itu dikongsi seorang rakan di laman sosial Facebook, Azmir Azlan yang menyatakan pengalaman membuang undi di pusat mengundi DUN Pengkalan Batu pagi tadi.
Beliau turut menyatakan keadaan itu berbeza berbanding pada Pilihanraya Umum ke-14 lalu yang mana saluran pengundi muda meriah dengan jumlah anak muda yang turun mengundi lebih ramai.
“Pada waktu itu pengundi baratur lebih satu jam setengah untuk membuang undi, berbanding hari ini tidak sampai lima minit dari sampai pusat sehingga selesai keluar.
“Proses mengundi kali ini teratur dan pantas, tidak sampai 30 saat semua selesai. Di saluran 1 ada 6 atau 7 orang sahaja,” katanya.
Dia turut menggambarkan peratusan yang keluar mengundi kali ini jauh lebih rendah berbanding pilihraya lalu.
“Mungkin peratusan mengundi hari ini dibawah 60 peratus jika keadaan berterusan begini sehingga petang”, katanya.