Kepimpinan Sulaiman mampu menjulang Melaka


Tenangnya' Sulaiman Md. Ali

MELAKA : Kemunculan bekas Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob dalam satu majlis bersama calon BN memberikan satu isyarat positif terhadap kemenangan itu parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka esok.

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, Mohd. Khalil telah hadir dalam majlis bersama calon BN Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali dan disambut dalam suasana harmoni.

Katanya, sebelum ini kehadiran Mohd. Khalil dalam beberapa program bersama Pakatan Harapan (PH) telah digunakan semaksimumnya oleh mereka untuk menarik sokongan pengundi.

“Sebentar tadi Tun Khalil muncul di Lendu, iaitu kawasan Ketua Menteri, Datuk Sulaiman Md. Ali. Kehadiran Tun disambut oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Suasana menjadi penuh emosi kegembiraan memandangkan Tun Khalil merupakan bekas Setiausaha Agung UMNO,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Zambry juga memuatnaik beberapa gambar Mohd. Khalil bersama Ahmad Zahid dan Sulaiman.

Menurut Zambry, beliau yang menyaksikan peristiwa itu juga melihat sendiri Mohd. Khalil memuji personaliti Sulaiman sebagai seorang pemimpin yang baik dan disukai rakyat. 

“Malah kata Tun lagi, dalam tempoh yang singkat Sulaiman berjaya menampilkan ciri kepimpinannya,” katanya.

Selain itu, Zambry berkata, satu lagi serangan kepada BN menjelang hari pengundian esok adalah melibatkan anugerah tanah kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya kata beliau, Najib mengumumkan untuk menarik balik hasrat terima tawaran hartanah daripada kerajaan bagi mengelakkan satu lagi serangan ke atas dirinya.

“Kedua-kedua peristiwa ini digunakan oleh pihak yang menyerang BN secara maksimum. Sekali gus cuba meyakinkan rakyat Melaka untuk menumbangkan BN,” jelas beliau.

Zambry namun berharap dua peristiwa penting itu dapat mengembalikan ketenangan rakyat negeri Melaka untuk membuat pilihan terbaik demi kestabilan dan kemakmuran negeri ini.

“Seperti yang diungkapkan oleh Tun Khalil, bahawa kita memerlukan sebuah kerajaan yang stabil dan mantap bagi membawa negara dan negeri Melaka ke masa depan yang baik.

“Moga pilihan rakyat esok apabila keluar mengundi akan memilih BN,” katanya. -UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *