Politik

Barisan Nasional ‘wajib’ kalah di PRN Melaka?

Melaka – Sudahlah terpalit pelbagai dakwaan dan isu rasuah bukan sahaja dalam pentadbiran malah kebanyakan pemimpin tertingginya, Barisan Nasional tidak sedar dengan apa yang telah berlaku dalam lima tahun ini.

Pemerhatian kami dalam melihat sendiri perjalanan pemimpin di Melaka terutamanya BN masih lagi tidur dan mendongak langit, perangai dan latahnya bagai tidak pernah tersungkur walau telah ‘bungkus’ pada PRU 14 lalu.

Menghayati sendiri beberapa hari sebelum isu ‘hulubalangnya’ meletakan jawatan dan cuba melompat sehinggalah hari ini banyak perkara yang tidak kena di Melaka.

Sejarah sudah beratus tahun menunjukkan kejatuhan dan keruntuhan kota Melaka disebabkan orang Melaka sendiri. Bukanlah daripada orang luar atau tangan-tangan ghanib.

Tapi sehingga hari ini 2021 masih lagi menafi, menyangkal dan lebih teruk lagi berlagak sombong dan bongkak bagi membolehkan nafsu serakah ‘segelintir’ pemimpinnya dapat ditunaikan.

Isu nak free hendak murah asalkan segalanya tercapai masih berlaku, isu broker-broker air liur, syarikat seringgit, dan kroni-kroni bermaharaja lela masih terus menghantui bumi Melaka.

Sudah ramai bercakap hingga tidak cukupkah pasir, tidak cukupkah laut, tidak cukupkah gunung dan parit yang disapu sekeip mata tidak sampai dua tahun, masih lagi berharap untuk mendapatkan lagi lebih banyak.

Butir kempen masih lagi skrip lama, perpduan yang kononnya dikatakan tapi sendiri mengambil pendirian perpecahan.

Kini lagak seperti zombie yang pernah terkubur kini bangkin dari lahad kehausan mencari makan, lihat apa sahaja didepan mata peluang dan ruang yang haris dirampas kembali.

Harap rakyat Melaka sedar, rakyat Melaka terus tidak dibuai janji palsu BN yang sememangnya tidak dapat dikawal nafsunya itu.

Biarlah mereka tewas, biar mereka sedar, tapi rasanya jika masih yang sama bertahta, masih perut dan mulut yang sama disuap tiada gun Melaka kekal di tangan BN.

PS: Keputusan PRN Malaka masih sama, tidak akan mempunyai majoriti besar. Akan ada lalang yang berhayun. Apa yang pasti YB Viral tetap menjadi pujaan rakyat Melaka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *